+605 829 0222 admin@mpr4u.my

Kereta keselamatan atau “safety car” memainkan peranan yang penting di dalam dunia perlumbaan. Mereka ditugaskan sebagai pendahulu ketika pusingan pemanas (warm-up lap) dan juga keluar ketika waktu berjaga-jaga sekiranya berlaku perlanggaran di trek atau pun cuaca yang buruk.

Terdapat banyak jenis “safety car”, berbeza kategori dan prestasi. Di sini, kami senaraikan 5 yang paling menarik setakat ini.

BMW M2 MotoGP Safety Car

MotoGP – BMW M2

Mari kita mulakan dengan BMW M2 MotoGP. Jika anda tidak faham mengapa kereta yang tidak seberapa ini disenaraikan, sila beri perhatian! M2 dianggap oleh peminat-peminat tegarnya sebagai salah satu kereta terbaik yang pernah dikeluarkan oleh BMW dan merupakan pengganti kepada E36 M3. Ianya tampak licik dan lincah, dengan 365 hp turbocharged, enjin 6 silinder dan mampu mencapai 100 km/j dalam 4.3 saat.

Sebagai safety car, M2 MotoGP secara amnya mengutamakan keselamatan, dengan roll cage, abah-abah dan pemadam api di dalamnya, dan juga barisan lampu di bumbungnya yang menyerlah. Sayap belakangnya mungkin nampak pelik tetapi ianya sangat perlu untuk menyaingi superbike MotoGP. Tak lupa juga set rim emas yang hebat!

 

BMW M5 MotoGP Safety Car

MotoGP – BMW M5

Apa! BMW lagi? Sebenarnya, BMW mempunyai hubungan baik yang lama dengan MotoGP dan M5 MotoGP adalah salah satu Bimmer yang mengagumkan untuk berkhidmat sebagai safety car dalam sukan permotoran.

M5 MotoGP dilengkapi sepenuhnya dengan M Division performance parts, termasuk carbon fibre diffuser, carbon sills, carbon kidney grilles, carbon mirrors dan ekzos titanium yang lebih ringan. Ia juga dilengkapi dengan lightweight bucket seats dari M4 GTS dan juga hud perlumbaan.

 

Formula 1 Mercedes-AMG GT R Safety Car

Formula 1 – Mercedes-AMG GT R

Mercedes-AMG GT merupakan salah satu kereta sport paling hot berada di pasaran. Apatah lagi hotter AMG GT R merupakan kereta yang terpantas, paling berkuasa yang pernah berkhidmat sebagai safety car rasmi untuk Formula 1. Bukan sahaja nampak menarik, tetapi ngauman 577 kuasa kuda twin-turbocharged V8 dipadankan dengan talaan sempurna suspensi dengan four-wheel steering, body yang ringan dan juga aero-elemen.

Safety car AMG GT R dilengkapkan dengan grafik keselamatan, light bar dan dua iPads dan radio komunikasi antara pemandu dan pembantunya.

 

BTCC - Porsche Panamera GTS Safety Car

BTCC – Porsche Panamera GTS

 

British Touring Car Championship khusus untuk kereta pemanduan hadapan hatchback dengan HP kurang dari 300. Maka, tidak hairanlah safety car yang mengetuai mereka hanyalah Porsche 434 HP sahaja, dengan kelajuan maksima 286.5 km/j. Jelas layak untuk tugasnya, Porsche Panamera GTS ialah safety car ialah kereta yang boleh memenagi perlumbaan ini.

Kepada Focus, Civic dan Golf, awas ya…

 

WTCC Alfa Romeo 4C Safety Car

WTCC – Alfa Romeo 4C

Alfa Romeo 4C ialah kereta tertua dalam senarai ini, tetapi ianya tidak lengkap jika tidak disertakan juga. Sekurangnya ia lebih menarik dari Volvo yang menjadi safety car WTCC buat masa sekarang ini.

4C sempurna untuk trek, mempamerkan tub gentian fiber yang menjadikannya sangat ringan untuk kereta sport. Bukan sahaja ia mempunyai kuasa yang melampau, ia juga sangat cantik dan sesuai dijadikan kereta impian.

 

Keselamatan Diutamakan…Sentiasa

Safety car mencerminkan pentingnya keselamatan samada di trek ataupun di jalanraya. Sedekad dari sekarang, pemilik kenderaan tidak akan melabur wang ringgit mereka terhadap kereta yang tidak menjaminkan keselamatan. Ya, memang sekarang kita hanya mementingkan rupa paras dan prestasi semata-mata, tapi dalam masa beberapa tahun dari sekarang, semua orang akan meletakkan keselamatan sebagai keutamaan.

Facebook Comments

Pin It on Pinterest