+605 829 0222 admin@mpr4u.my

Dunia kini menyaksikan perkembangan teknologi yang cukup pesat dan pantas. Begitu juga dengan kereta-kereta yang dihasilkan pada masa kini yang cukup sarat dengan teknologi baru untuk memudahkan pemanduan dan menjadikan pemanduan lebih selamat. Tapi tentulah banyak lagi teknologi yang perlu diteroka dania sememangnya satu proses yang tidak akan terhenti. Revolusi baru dalam dunia automotif memang sangat ditunggu-tunggu dan di sini kami senaraikan 5 teknologi masa depan yang sedang dinantikan banyak pihak.

Mazda SkyActiv X

Ketika seluruh dunia berkeyakinan yang enjin pembakaran dalaman sudah sampai ke penghujungnya terdapat satu syarikat Jepun yang cuba menongkah arus. Mazda merupakan jenama yang merintis enjin pembakaran dalaman baru yang dinamakan SkyActiv X. Bayangkan kelebihan sebuah enjin mampatan tinggi petrol digabungkan dengan semua kebaikan yang yang ada pada sebuah enjin diesel.

Dengan penggunaan mampatan dan aturan teknologi pencucuh terbaik akan memberikan kuasa yang lebih tetapi dengan penggunaan bahan bakar yang minima. Ia juga adalah lebih responsif dan lebih bersih. Siapa kata enjin pembakaran dalaman bakal pupus?

Variable Compression-Turbo (VC-T) Nissan/Infiniti

Orang Jepun ni memang degil dan akan melakukan apa saja untuk mempertahankan enjin pembakaran dalaman. Kalau Mazda bakal memperkenalkan enjin SkyActiv X, Nissan/Infiniti pula akan memperkenalkan enjin dengan nisbah mampatan pelbagai untuk memberikan kita semua kuasa yang maksima dan tindak balas yang responsif dan enjin mampatan rendah. Pada masa yang sama ia juga cukup menjimatkan dan menawarkan kelebihan yang sama seperti enjin mampatan tinggi.

Ia merupakan teknologi baru yang menggabungkan pengecas turbo dan suntikan terus bahan api. Walaupun ia dikatakan adalah teknologi untuk masa depan, ia sebenarnya telahpun dihasilkan pada QX50.

Freevalve – Enjin Tanpa Aci Sesondol    

Bayangkan sebuah enjin biasa dengan omboh dan sebagainya tetapi tidak mempunyai aci sesondol dan ia dihasilkan oleh pencipta kereta hiper yang sensasi, Christian von Koenigsegg.

Sebagai ganti kepada aci sesondol, enjin jenis freevalve ini menggunakan aktuator elektronik bagi memastikan tahap efisiensi yang lebih baik dan cekap. Bahkan ia dikatakan 20 peratus lebih cekap berbanding sistem konvensional. Cuma malangnya buat masa ini ia cuma dihasilkan untuk kereta-kereta hiper keluaran Koenigsegg.

Bateri Solid State – Bateri yang lebih stabil dan bukannya dalam bentuk elektrolit seperti hari ini

Walaupun kereta berkuasa elektrik dikatakan bakal menjadi masa depan dunia automobil, ia sebenarnya bukan perkara baru dan sudahpun diperkenalkan sejak tahun 1900. Walaupun kemajuan demi kemajuan dicapai oleh kereta berkuasa elektrik tetapi teknologi bateri masih menjadi penghalang.

Walaupun teknologi bateri sudahpun semakin berkembang dari asid plumbum kepada nikel-hidrat dan sekarang ini lithium-ion, ia sebenarnya masih memiliki banyak kekurangan dan belum mampu menyaingi kehebatan enjin pembakaran dalaman.

Bateri asas solid ataupun pepejal akan menjadi revolusi baru kerana ia adalah lebih kompak, mampu dicas denggan pantas dan lebih efisyen.

Sistem Pengecas Bateri Wireless

Kelemahan terbesar kereta elektrik sekarang ialah tempoh masa cas semula. Sistem pengecas paling laju pun memerlukan masa 45 minit untuk 80 peratus kuasa. Cas yang berulang kali dengan menggunakan sistem pengecas pantas juga akan menjejaskan keupayaan bateri.

Sistem pengecas normal pula bergantung kepada kekuatan voltan elektrik yang disalurkan. Berbeza dengan kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman yang hanya memerlukan beberapa minit masa untuk isian penuh petrol ataupun disel.

Jadi sistem pengecas wireless memang sangat diperlukan untuk kenderaan elektrik. Tak larat juga rasanya kalau terpaksa berhenti setiap 100 untuk mengecas kembali bateri kereta anda. Larat ke nak tarik kabel cas semula plug in setiap seratus kilometer?

Facebook Comments

Pin It on Pinterest