+605 829 0222 admin@mpr4u.my

Hubungi

Kami

Lot 1643, Ground & 1st Floor, Jalan Tupai, Off, Jalan Ciku, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak
05 829 0222

Ibu Pejabat MPR

Waktu Operasi
Isnin-Jumaat
9.00 pagi – 6.00 petang
Sabtu
9.00 pagi – 5.00 petang

Kongsikan Pandangan Anda Bersama Kami

Ingin Menyertai Kami

Pihak pengurusan MPR menyediakan peluang perniagaan kepada bakal usahawan yang berminat untuk menjadi usahawan produk MPR. Kami juga mahu meningkatkan taraf hidup masyarakat bumiputera serta dapat menjana ekonomi ummah dengan mewujudkan peluang perniagaan serta meningkatkan struktur ekonomi dan pendapatan umat Islam secara keseluruhannya.

Soalan Lazim

Soalan yang kebiasaanyan menjadi pertanyaan tentang Max Power Revolution (MPR)

Apakah Max Power Revolution atau MPR?

Max Power Revolution (MPR) adalah alat penstabil voltan berfungsi untuk meningkatkan prestasi kenderaan anda dan memberi penjimatan minyak sehingga 50%.

Bagaimanakah Cara Untuk Menggunakan Gajet Penjimatan Minyak MPR?

Hanya 3 langkah mudah yang perlu diikut

  1. Matikan enjin kenderaan anda
  2. Pasangkan MPR ke soket pencucuh rokok kenderaan anda
  3. Hidupkan enjin kenderaan dan mula pemanduan untuk merasai kehebatannya

Setelah MPR dipasangkan, apa yang akan berlaku?

Lampu LED pada MPR akan menyala. Ia menandakan MPR anda berfungsi dengan baik. Jika lampu LED tidak menyala, sila periksa soket pencucuh rokok kereta anda samada ia berfungsi atau tidak. Jika ianya dalam keadaan baik dan lampu LED MPR masih tidak menyala, sila hubungi wakil pengedar kami.

Masa yang diambil untuk MPR berfungsi?

MPR Fuelsaver ini berfungsi sebaik sahaja ia dipasang dan menyala. Pada permulaan pemanduan, anda akan merasai beberapa perbezaan seperti kelancaran pergerakan, pick-up permulaan yang berbeza, penukaran gear lebih lembut dan penghawa dingin kereta semakin sejuk berbanding dengan sebelumnya. Ini adalah tanda yang menunjukkan MPR itu berfungsi dengan baik. Beberapa kebaikan lain anda akan dapat rasai selepas itu.

Adakah MPR selamat digunakan pada kereta saya?

MPR adalah peranti ‘Plug & Play’ yang memperolehi kuasanya dari bateri kenderaan anda. Tidak seperti peralatan elektrik rumah yang lain yang menggunakan arus ulang-alik dan berkemungkinan membebaskan gelombang gangguan. MPR juga telah diuji dan diluluskan oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL dan Universiti Malaya.

Mengapa bateri kereta perlu distabilkan menggunakan MPR dan bagaimanakah ianya berfungsi?

Apabila kali pertama kita membeli kereta, bateri selalunya berada dalam keadaan yang baik begitu juga dengan komponen elektrik yang lain. Walaubagaimanapun, oleh kerana penyelenggaraan yang tinggi, haus dan lusuh serta faktor penuaan membuatkan kereta kita secara pelahan akan kehilangan kuasa. Kuasa pecutan, tork, transmisi gear, penghawa dingin, lampu depan, sistem audio dan sebagainya, kesemuanya berada pada tahap yang kurang baik berbanding dengan waktu pertama kali pembelian kereta tersebut.
Kebiasaannya, apabila kesemua komponen elektrik dihidupkan pada masa yang sama terutamanya sistem penghawa dingin, anda akan memberikan tekanan terhadap kenderaan, ianya menambah lagi tekanan kepada bateri dalam membekal kuasa yang menyebabkan bateri menjadi lemah dan mengalir dengan cepat. Akibat daripada perkara ini, bateri akan terus lemah dari membekalkan kuasa pengagihan yang sebenar dan sama rata kepada setiap komponen kereta dan perkara seperti ini akhirnya akan menjejaskan kereta dan membuatkan bahan api dibakar dengan lebih. Kesemuanya berhubung kait dengan aliran elektrik kereta.
MP-R adalah alat yang direka berdasarkan inovasi terkini dari jepun yang akan mampu menangani permasaalahan elektrik seperti ini . Untuk maklumat, soket pencucuh rokok berhubung secara lansung ke bateri dan dengan memasang MP-R pada pencucuh rokok tersebut, MP-R berfungsi memberitahu bateri supaya menstabilkan kuasanya tidak kira jika anda sedang menghidupkan penghawa dingin, menghidupkan sistem audio, menghidupkan lampu depan dan sebagainya, serentak. MP-R adalah seperti minuman isotonik yang akan memberikan tenaga baru yang akan menyegarkan badan anda selepas terlibat dalam aktiviti harian yang lasak.
Jadi, apabila kesemua komponen elektrik mendapat kuasa yang sama rata daripada bateri 12V dengan memasang MP-R, anda akan dapat merasai perbezaan yang kereta anda mendapat momentum kembali seperti kereta yang baru, perjalanan lancar, penghawa dingin semakin sejuk, lampu depan semakin terang, sistem audio yang baik dan juga lain-lain. Akhirnya menyumbang kepada penjimatan bahan api yang lebih efisyen dan cekap.

Adakah MPR akan melemahkan kuasa bateri?

Sememangnya TIDAK. Selain sebagai penstabil voltan, MPR juga berfungsi seperti bateri mini kereta. Ia akan menyimpan sisa tenaga daripada bateri bila dalam keadaan mengecas dan mengurangkan beban semasa bateri seterusnya memanjangkan jangka hayat bateri.

Bolehkah saya cabut MPR dan memasangkannya pada kereta lain dan adakah ia akan menjejaskan MPR?

BOLEH jika anda ingin berbuat demikian tetapi kami mencadangkan 1 MPR untuk 1 kereta sahaja. Mencabut MPR terutamanya, perlu dilakukan dengan berhati-hati. Kekerapan mencabut dan memasang MPR pada kereta lain mungkin akan menyebabkan soket pencucuh rokok mudah longgar/terlerai lalu menjejaskan sambungan daripada bateri ke MPR. Ianya juga boleh memendekkan jangka hayat MPR tersebut

Apakah yang membezakan MPR dengan produk penjimatan minyak yang lain?

Fungsi serta cara MPR beroperasi sangat berbeza dengan produk yang lain. Kebanyakkan alat penjimatan minyak yang lain berasaskan cecair atau menggunakan wayar yang panjang. MPR menawarkan teknologi terkini, canggih bertaraf dunia dan sesuai dengan semua jenis kenderaan yang menggunakan bateri 12V. MPR juga membantu memanjangkan tempoh penggunaan alternator, plug dan juga bateri.

Berapa peratus penjimatan minyak yang diperolehi jika menggunakan MPR?

Untuk maklumat, peratusan penjimatan minyak daripada sesebuah kereta ke kereta yang lain adalah berbeza dan sangat bergantung kepada faktor seperti :
  1. Keadaan jalan raya
  2. Enjin dan model kereta
  3. Penyelenggaraan Kereta (Termasuk tayar)
  4. Sikap pemanduan
Untuk mendapatkan penjimatan minyak yang dikehendaki, kereta anda hendaklah berada di dalam keadaan pemanduan yang tenang dan lancar. Anda akan merasai lebih penjimatan minyak terutamanya dalam jarak pemanduan jauh seperti lebuhraya atau laluan anda tiada kesesakan jalanraya. Anda akan mendapati kereta anda dapat bergerak lebih kilometer daripada sebelum penggunaan MPR dan pengunaan minyak kereta anda akan kurang apabila anda berjalan jauh dengan mengunakan MPR. Berdasarkan pengujian kami, penjimatan minyak semasa perjalanan jauh adalah diantara 25% hingga 50%.
Sebaliknya, jika kereta memasuki jalan yang sibuk dan terperangkap didalam keadaan yang sesak, pengunaan minyak bagi semua kereta tanpa mengira model menjadi lebih tinggi, Walaupun anda menggunakan mana-mana alat penjimatan minyak termasuklah MP-R, peratusan yang minima terhadap penjimatan minyak akan dirasai kerana kereta anda membakar bahan api yang lebih terutamanya untuk menyokong sistem penghawa dingin kereta dan komponen-komponen elektronik kereta yang lain dalam keadaan yang sibuk. Semakin lama kereta anda terperangkap dalam kesesakan jalanraya, lebih banyak minyak akan digunakan. Perkara ini juga telah disahkan oleh mekanik dalam media

Peratusan penjimatan yang dapat adakah sama setiap kali/hari dengan MPR?

Pemandu mesti memahami walaupun MP-R direka untuk menjimatkan penggunaan minyak kenderaan anda, peratusan penjimatan minyak adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang disebutkan diatas. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa pemandu tidak akan mendapat peratusan yang sama atau tetap dalam penjimatan minyak kerana setiap hari kita memandu pada keadaan jalan yang berbeza, permukaan jalan yang berbeza, aliran trafik yang berbeza, perbezan muatan, keadaan cuaca, kekerapan memandu dan beberapa faktor yang berkaitan.

Bagaimana untuk mengetahui/menguji keberkesanan penjimatan minyak daripada MPR?

Cara yang terbaik untuk mengesan keberkesanan keseluruhan MPR termasuk penjimatan minyak adalah dengan menjalankan kajian perbandingan sendiri dengan ada dan tiada MPR. Pilih mana-mana kereta berenjin 600cc hingga 2000cc. Seperti Suzuki, Toyota, Honda, Mazda dan lain-lain.
Pada permulaan, pandu kereta anda tanpa MPR dan isikan minyak tangki dalam RM 30.00 dan lihat berapa jauh (dalam kilometer) kereta anda boleh pergi. Pilih jalan lurus atau mana-mana lebuhraya. Jangan dilupa untuk mencatatkan nilai mileage untuk rekod. Apabila anda sampai di penghujung jalan, isikan minyak dengan nilai yang sama dan pasangkan MPR. Pandu kereta anda pada jalan atau lebuhraya yang sama. Lihat berapa banyak lebih kilometer kereta anda boleh pergi dengan MPR dipasangkan. Anda boleh menjalankan ujian dalam masa sehari untuk mendapatkan keputusan dan melihat perbezaannya. Ini akan menjadi tertimoni anda.

Berapa lama MPR boleh berfungsi pada kenderaan?

Jika ianya dijaga dengan baik, MPR boleh berfungsi dari 5 hingga 10 tahun.

Kekal berhubung di saluran media sosial kami

                              

Kekal berhubung di saluran media sosial kami

                     

Hubungi Kami

Lot 1643, Ground & 1st Floor, Jalan Tupai, Off, Jalan Ciku, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak

+605 829 0222

 

mpr.kisb@gmail.com

 

Langganan Info & Promosi

Dapatkan info serta promosi terkini dari kami.

Pin It on Pinterest

Share This