+605 829 0222 admin@mpr4u.my
Terdapat lebih dari 1,000,000 bahagian Lego Technic yang digunakan. Jika dileraikan, terdapat 2,304 bahagian motor dan 4,032 bahagian gear. Bugatti Chiron skala 1:1 ini dibina sepenuhnya dari kepingan Lego Technic, kerana motonya ialah “Technic is Build it for Real!”.
Beratnya mencecah 1,500 kilogram dan dimuatkan dengan enjin yang mampu menghasilkan 5.3 kuasa kuda dan lebih kurang 135 Nm tork. Membina kereta ini merupakan satu cabaran, tetapi lebih mencabar apabila membina enjinnya. Tetapi, ianya tetap berfungsi dan boleh dipandu.

Pemandu uji Bugatti, Andy Wallace yang mencubanya. Bermula dengan melangkah ke dalam kereta itu, memasang stereng, menyalakan lampu, malah menaikkan sayap belakang. Kereta ini dipandu pada kelajuan yang… Andy tidak biasa lakukan, mungkin. Sementara Bugatti Chiron yang sebenar boleh mencecah 418 km/j, namun Andy hanya mampu memandu kereta Lego ini dengan kelajuan 20 km/j yang mana ia boleh dikatakan juga hebat.
Tidak dapat dibayangkan berapa kos yang diambil untuk mereplikasikan Chiron Technic skala 1:1 ini. Bagaimanapun, pada skala 1:8, harga kit Lego Chiron ialah RM1,500. Ia dilengkapi dengan 3,599 kepingan lego dan masih ada bahagian yang boleh digerakkan seperti pedal minyak dan juga piston enjin W16.
Facebook Comments

Pin It on Pinterest