+605 829 0222 admin@mpr4u.my

Pernyataan Privasi

Kilauan Impian Sdn. Bhd. atau KISB), sebagai pengguna data mengambil berat tentang hak privasi anda. Oleh kerana KISB mematuhi AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010  atau juga dikenali sebagai Akta 709, kami akan memastikan pengendalian yang sewajarnya dalam apa juga cara bagi data peribadi anda. KENYATAAN PRIVASI ini adalah terpakai untuk semua subjek data.

KISB berhak membuat perubahan pada KENYATAAN PRIVASI ini pada bila-bila masa dan pengguna akan dimaklumkan melalui kemas kini kenyataan di sini @ www.mpr4u.my dengan label “BAHARU DIKEMAS KINI” selama tempoh 30 hari.

Sila baca PENYATAAN PRIVASI ini dan faham hak anda tentang perkara ini.

PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN

Bagaimana Kami Mengumpulkan Data Peribadi Anda

Dara peribadi akan dikumpulkan dengan kebenaran anda sekiranya anda mahu turut serta dalam pelbagai ciri dan perkhidmatan yang selalunya dalam bentuk:

  1. Pendaftaran atau penyertaan (“laman web am/permohonan pendaftaran/ rangkaian media sosial”);
    1. Kaji selidik dan tinjauan pendapat;
    2. Papan kenyataan dan aktiviti interaktif yang lain;
    3. Maklum balas, soalan, atau aduan melalui borang “Khidmat pelanggan” kami atau lain-lain;
  2. Maklumat yang diserahkan dalam kapasiti perniagaan (contohnya resume, permintaan media, temu ramah dan sebagainya);
  3. Permohonan kerja dalam dan luar talian (contohnya permohonan kerja di KISB melalui penyerahan CV anda);
  4. Sebarang permintaan, aktiviti, peraduan dan sebagainya yang lain yang memerlukan penyerahan data peribadi;

Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi Anda

Daripada masa ke semasa, data peribadi anda yang kami kumpul dan simpan, membolehkan kami untuk:

  1. Memaklumkan kepada anda tentang semua pengumuman produk terkini, notis, promosi, acara yang bakal dilakukan dan lain-lain lagi oleh KISB melalui e-mel, surat, panggilan telefon atau SMS;
  2. Digunakan bagi pemasaran dalaman dan kajian demografi untuk menambahbaikkan produk, perkhidmatan dan perhubungan pelanggan KISB;

Sekiranya tujuan penggunaan data peribadi yang anda berikan kepada kami berubah, kami akan membuat pengumuman atau memberitahu anda tentang tujuan perubahan.

Apakah Jenis Data Peribadi yang kami Kutip

Data peribadi mungkin merujuk pada sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda secara peribadi atau menghubungi anda secara dalam atau luar talian.

Ini mungkin termasuk, sebagai contoh, nama anda, alamat pos, alamat e-mel, nombor telefon, dan lain-lain (“maklumat peribadi boleh dikenal pasti”) serta maklumat demografi seperti tarikh lahir, umur, jantina, tabiat atau kegemaran dan sebagainya apabila maklumat tersebut terikat dengan maklumat kenal pasti diri anda (secara kolektifnya, “maklumat peribadi”).

PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

KISB mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan pengurusan maklumat peribadi anda secara selamat bagi melindungi maklumat peribadi anda daripada akses, pendedahan, pengubahan atau kemusnahan, kehilangan, pengubahsuaian dan penyalahgunaan yang tidak dibenarkan atau secara tidak sengaja. Kami berusaha untuk membangunkan dan menambahbaikkan sistem dalaman yang direka untuk memastikan pengendalian maklumat peribadi yang sewajarnya dan untuk melakukan program latihan kakitangan yang sedang dilaksanakan bagi tujuan tersebut.PENDEDAHAN KEPADA PIHAK KETIGA
KISB tidak akan memberikan data peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis daripada anda terlebih dahulu melainkan dalam kes di mana kami menugaskan pengendalian data peribadi kepada pihak ketiga sebagi pemproses data, seperti vendor, pembekal, kontraktor, agen dan mana-mana sumber atau cara yang boleh dikenal pasti yang diperlukan bagi tujuan penggunaan seperti pemprosesan maklumat, penghantaran produk/hadiah, penambahbaikan dan pengurusan data pelanggan, khidmat pelanggan & penyelidikan pelanggan. Kami dengan pemahaman yang jelas bahawa penyumberan luar data peribadi kepada pihak ketiga di atas sebagai pemproses data adalah mematuhi keperluan AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI.
PENGEKALAN DATA PERIBADI DAN AKSES

Secara amnya, data peribadi anda akan disimpan selagi akaun anda aktif atau selagi diperlukan untuk memberikan anda perkhidmatan yang diminta. KISB akan berusaha untuk memudahkan anda mengakses dan membetulkan data peribadi anda bagi memastikan subjek data tepat, lengkap dan dikemas kini. Jika anda mahu kami tidak lagi menggunakan data peribadi anda untuk memberikan anda perkhidmatan, contohnya tidak lagi mahu menerima e-mel atau mengemaskinikan data anda, sila Hubungi Kami.

Hubungi Kami

Lot 1643, Ground & 1st Floor, Jalan Tupai, Off, Jalan Ciku, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak

+605 829 0222

 

+605 807 1663 (Faks)

 

+6012 800 9311

 

mpr.kisb@gmail.com

 

Waktu Urusan Pejabat

Isnin - Jumaat     9.00 pagi - 6.00 petang

Sabtu (Minggu 2 & 4)     9.00 pagi - 5.00 petang

Dapatkan Info & Promosi Terkini Dari Kami

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan info yang menguntungkan anda.

Pin It on Pinterest

Share This