+605 829 0222 admin@mpr4u.my
Hubungi Ejen & Stokis Untuk Memulakan Pembelian... Klik Sini
Memang ada antara kita jarang atau tidak mengambil peduli atau mengambil berat tentang tayar simpanan. Kita mula ingat pada tayar simpanan bila dah tersadai tepi jalan, parkir rumah atau pejabat bila salah satu tayar kereta dah kempis.

Masa tu mulalah gabra. Ada kes kereta yang tiada tayar simpanan pun ada. Memang hawau! Ini semua akibat kurangnya keprihatinan dan kecuaian sendiri.

Di sini kami ingin nyatakan, tayar simpanan sebenarnya sama penting dengan tayar utama di keempat-empat sudut kereta anda. Anda perlu pastikan ianya dalam keadaan baik dan boleh berfungsi sebaik mahu menggunakannya.

Tayar simpanan adalah kelengkapan standart bagi mana-mana pengeluar kenderaan. Jadi ia adalah item yang wajib ada pada setiap kenderaan. Di sini kami ingin mencadangkan beberapa tip berkaitan tayar simpanan ini.

Tips & Cadangan :

1. Ketika membeli kereta terpakai, pastikan tayar simpanan ada di but belakang dan pastikan saiz atau PCD tayar simpanan yang diberikan adalah betul. Periksa dan pastikan ketebalan bunga dan anginnya cukup. Spesifikasinya juga mestilah sama dalam buku manual sebab mungkin pemilik terdahulu sudah menukarnya.

2. Apabila menggunakan tayar ganti, adalah perlu untuk anda mengekalkan kelajuan yang rendah. Tayar simpanan biasanya tidak dibuat untuk memandu laju seperti tayar utama. Adalah dinasihatkan supaya anda tidak memandu melebihi kelajuan 80km sejam.

3. Gunakanlah hanya ketika kecemasan. Jika anda menggunakannya terlalu lama tanpa menukarkan kepada tayar asal secepat mungkin akan menyumbang kepada kebarangkalian ia pancit. Sebaik-baiknya jarak yang digunakan adalah kurang dari 80km.

Untuk kepastian, rujuk juga pengeluar kenderaan anda mengenai perbatuan yang disarankan. Biasanya dengan merujuk buku manual.

4. Di sebabkan saiznya yang lebih kecil, ia cenderung untuk menjejaskan karakteristik pembrekan, pengendalian dan pembelokan kenderaan. Sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC) atau sistem kawalan traksi (TRS) juga tidak dapat beroperasi dengan cekap.

Saiznya juga menyebabkan kereta dalam kedudukan senget. Ini menyebabkan titik graviti kereta terjejas jadi adalah perlu segera menggantikan tayar yang pancit.

5. Jadikan rutin untuk memeriksa tekanan tayar yang betul bagi tayar ganti anda. Dalam kebanyakan kes, tekanan angin tayar simpanan adalah 60 paun inci persegi (PSI). Kita tidak dapat menjangka bilakah tayar akan menjadi pancit. Maka rajin-rajinlah memeriksa tekanan angin tayar ganti anda supaya dapat digunakan apabila perlu.

6. Tayar juga mempunyai tarikh luput dan tidak semestinya digunakan sampai botak. Ia perlu ditukar secara berkala. Biasanya paling lama pun boleh digunakan hingga 2 tahun. Untuk kepastian rujuk pada wall tayar yang ada menyatakan tarikh tayar itu dibuat. Tukar jika perlu demi keselamatan anda dan keluarga.

Semoga tip dan cadangan-cadangan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Selamat memandu

Facebook Comments

Pin It on Pinterest