+605 829 0222 admin@mpr4u.my

Tentang

MPR

Kilauan Impian Sdn. Bhd. adalah merupakan sebuah syarikat milikan penuh bumiputera yang terlibat dalam industri automotif melalui produk-produk berkualiti tinggi yang dipatenkan, hasil kepakaran kejuruteraan dan kajian & pembangunan (R&D) yang ketat dan berteknologi moden sejak dari 2011.

Kilauan Impian Sdn. Bhd. mahu membina hubungan “win-win situation” dengan semua rakan niaga kami berdasarkan kepercayaan, hormat menghormati dan amanah dalam setiap perkara yang dilakukan.

Pihak pengurusan Kilauan Impian Sdn. Bhd. juga menyediakan peluang perniagaan kepada bakal usahawan yang berminat untuk menjadi usahawan produk berjenama “MPR” keluaran syarikat kami. Kami juga mahu meningkatkan taraf hidup masyarakat bumiputera serta dapat menjana ekonomi ummah dengan mewujudkan peluang perniagaan serta meningkatkan struktur ekonomi dan pendapatan umat Islam secara keseluruhannya.

Visi Syarikat

Untuk menjadi sebuah syarikat bumiputera yang unggul dalam kategorinya yang tersendiri, kreatif dan inovatif serta berwawasan melalui penerapan nilai-nilai murni dan rohani dalam menghasilkan produk yang berkualiti untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan produk kami.

Misi Syarikat

Menjadi peneraju utama produk penjimatan yang berkualiti dan terunggul di mata dunia.

Ahli Lembaga Pengarah

Di MPR, kami bekerja setiap hari untuk menyelesaikan masalah tentang penjimatan. Kami sentiasa bertanya, apakah sudah kami sampaikan cara untuk mendapatkan penjimatan yang maksimum kepada setiap pemilik kenderaan? Misi kami di MPR memang jelas iaitu untuk menjadi peneraju utama dalam bidang penjimatan minyak. 

Dato' Shaharudin Ariffin

Dato' Shaharudin Ariffin

Pengerusi

Shaharizal Ariffin

Shaharizal Ariffin

Ketua Pegawai Ekesekutif

Shaharul Ariffin

Shaharul Ariffin

Pengarah Ekesekutif

Kekal berhubung di saluran media sosial kami

                              

Kekal berhubung di saluran media sosial kami

                     

Hubungi Kami

Lot 1643, Ground & 1st Floor, Jalan Tupai, Off, Jalan Ciku, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak

+605 829 0222

 

mpr.kisb@gmail.com

 

Langganan Info & Promosi

Dapatkan info serta promosi terkini dari kami.

Pin It on Pinterest

Share This