+605 829 0222 admin@mpr4u.my
AMALKAN 3 TIPS INI! ANDA TIDAK PERLU LAGI RISAU DENGAN KENAIKAN HARGA MINYAK

Di Malaysia, isu kenaikan harga minyak merupakan isu yang sentiasa hangat diperkatakan. Memang benar ada masanya ia turun juga namun kekerapan naik dan turun harga minyak adalah tidak seimbang. Lebih banyak atau terlalu banyak berlaku kenaikan harga minyak berbanding dengan penurunan harga minyak. Ditambah pula dengan harga barang-barang yang juga sentiasa naik dan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan berlakunya penurunan. Disebabkan oleh hal ini jugalah, rakyat Malaysia terasa makin terbeban dengan kos sara hidup di Malaysia. Trend di Malaysia ni mudah sahaja, jika adanya pengumuman kenaikan gaji, maka banyaklah harga barang-barang yang akan dinaikkan. Baru pengumuman, belum betul-betul naik lagi. Ditambah pula dengan pengumuman harga minyak secara mingguan yang dikuatkuasakan kerajaan bermula dari Mac 2017 yang menggantikan konsep pengumumn harga minyak secara bulanan sebelum ini. Ada baiknya juga harga minyak ini diumumkan secara mingguan kerana ia mengecilkan kadar kenaikan atau penurunan harga minyak jika dibandingkan dengan pengumuman secara bulanan. Cumanya dari segi psikologi terhadap rakyat Malaysia itu sendiri, naik banyak atau naik sedikit dikira tetap naik dan akan membebankan.

Oleh itu, saya disini akan berkongsi dengan anda 5 tips yang terbaik yang boleh anda amalkan untuk menjimatkan minyak kenderaan anda dan sedikit sebanyak mampu untuk mengurangkan bebanan anda.

1 . Hypermiling

Hypermiling merupakan satu teknik yang dikatakan mampu untuk mengurangkan dan menjimatkan penggunaan minyak sebanyak 40% dari kebiasaan. Cumanya satu masalh yang berkaitan dengan teknik ini ialah ia agak merbahaya dan berisiko tinggi. Sebagai contoh untuk teknik hypermiling ini adalah ia melibatkan pengekoran kenderaan dari belakang. Apa yang berlaku apabila anda mengekori kenderaan dari belakang? Untuk pengetahuan anda, kenderaan anda bergerak dengan membakar minyak atau bahasa standard adalah bahan api. Penggunaan bahan api dan pembakarannya adalah bergantung kepada rintangan angin yang dilalui atau dialami oleh kenderaan anda. Sejujurnya, banyak bahan api yang dihabiskan untuk melawan rintangan angin ini. Dalam bahasa mudahnya, minyak anda habis untuk tujuan ini sahaja. Jadi, jika anda mengekori kenderaan lain dari belakang, kenderaan tersebut akan melakukan kerja melawan rintangan angin ini buat anda. Hal ini sedikit sebanyak mampu menjimatkan dan mengurangkan penggunaan minyak anda dan anda mampu untuk bergerak pada kelajuan yang sama dengan penggunaan minyak yang kurang.

 

2 . Rancang Perjalanan Anda

Ramai dalam kalangan kita yang mengambil mudah atau gagal untuk merancang perjalanan dengan baik. Sebaiknya anda senaraikan dulu dalam sehari apa yang anda perlu lakukan dan kemana anda akan pergi. Jika anda perlu untuk ke satu kawasan bagi beberapa tujuan yang berbeza, rancang supaya anda boleh pergi dengan sekali lalu sahaja. Anda tidak perlu untuk ulang-alik ke tempat yang sama untuk beberapa tujuan yang berbeza. Anda juga perlu memastikan anda pergi ke tempat yang melibatkan urusan yang tidak mengambil terlalu banyak masa dahulu. Anda sampai sahaja ke destinasi, matikan sekejap enjin anda, selesaikan urusan anda, hidupkan semula enjin dan sambung perjalanan anda. Tujuan ia dicadangkan sebegini adalah untuk mengelakkan anda daripada mematikan enjin anda terlalu lama dan mengambil masa semula untuk memanaskan enjin anda. Anda harus faham bahawa enjin yang sejuk secara amnya tidak begitu efisien dalam pembakaran bahan api sekaligus akan memakan banyak minyak untuk bergerak.

3 . Keluarkan Beban Tambahan Dari Kenderaan Anda 

Selain dari mengatasi rintangan angin, kenderaan anda juga memerlukan penggunaan minyak yang lebih untuk membawa beban tambahan yang terdapat pada kenderaan anda. Jangan jadikan kenderaan anda sebagai stor untuk menyimpan bermacam-macam barang. Buang baran-barang yang tidak diperlukan. Sebenarnya ramai diantara kita yang tahu dan sedar akan perkara ini, cumanya kerana sifat malas dalam diri menyebabkan kita tidak mengambil kisah sangat akan perkara ini. Lebih baik anda beringat dan berjimat daripada anda menyesal pada kemudian hari

Facebook Comments

Pin It on Pinterest