+605 829 0222 admin@mpr4u.my

4 perkara yang anda perlu fahami sebelum jadi stokis/ejen produk yang akan menentukan samada anda boleh jadi ejen/stokis yang berjaya atau sebaliknya. Sangat penting untuk kita tahu apakah yang menyokong dan mendorong pembangunan kita dalam mencipta kejayaan akan datang dan juga pembinaan pendapatan yang lumayan dalam sesuatu bisnes. Saya akan kongsikan kepada anda, pemilihan 4 tiang asas yang kukuh sebelum anda berteduh di sesebuah perniagaan yang mampu menyokong kejayaan anda.

 

Columnar, Pillared Hall, Building, Architecture, Hall

1. Syarikat dan pemilik

Setiap syarikat ada fasa yang mereka perlu dilalui iaitu fasa permulaan, membangun, matang dan menurun.
Kebiasaannya tak ramai yang ingin bermula sebagai stokis/ejen dengan syarikat yang berada di tahap permulaan sebab keyakinan atas jenama masih belum terbina dengan baik.
Walaupun begitu, jika pemilihan yang tepat dibuat dan pemilik produk pula ada perancangan dan strategi yang mantap, anda bakal jadi perintis yang berjaya jika jadi yang terawal.
Jadi, sekiranya anda kenal pemilik jenama produk tersebut, latar belakang, pencapaian yang baik dan sebagainya, anda jangan lepaskan peluang tersebut.
Tapi sekiranya anda tahu pemilik jenama tersebut jenis yang melepaskan batuk di tangga, berniaga suka-suka sahaja, anda bakal jadi tikus makmal. Hati-hati.
Saya lebih suka memilih syarikat yang berada di fasa permulaan atau membangun sebab mereka akan melakukan sehabis baik untuk naikkan jenama dan tidak kedekut untuk keluar kos pemasaran mereka.
Kalau fasa matang dan sudah terlalu terkenal dan anda nak berniaga di saat sudah ramai orang berniaga produk yang sama. Anda rasa besar ke peluang untuk jadi stokis/ejen yang berjaya? Tetap ada, tapi nipis.
Fasa menurun ialah fasa dimana syarikat ini sedang mencari jalan keluar. Samada mahu lari dari bisnes yang nazak atau ingin dilepaskan kepada orang lain untuk diuruskan. Sebaiknya anda elakkan. Lebih baik anda bersama syarikat yang dalam fasa bermula atau sedang membangun.
Teliti juga perancangan dan hala tuju jelas syarikat tersebut. Apakah visi dan misi syarikat tersebut kerana mereka akan corak anda mengikut visi dan misi mereka. Kalau tak ada? Jangan buang masa.

2. Produk

Produk di zaman sekarang timbul seperti cendawan selepas hujan! Terlalu banyak. Tapi yang paling penting dalam usaha anda nak buat keputusan menjadi stokist/ejen, lihat dari 2 sudut utama iaitu luaran dan dalaman.
Luaran bermaksud dari segi pandangan mata.
“First impression is the last impression.”
Jadi penting untuk anda lihat kualiti persembahan produk tersebut dari segi pembungkusan, botol dan sebagainya.
Sebabnya, ramai juga yang membeli sebab luaran. Bila luaran nampak kemas, cantik dan menarik, mudah anda nak lakukan aktiviti pemasaran dan jualan tanpa perlu malu atau habiskan masa mencantikkan produk tersebut sendiri.
Dalaman pula bermaksud dari segi nilai produk tersebut. Apa bahan-bahan utama yang digunakan dan apa USP dan ESP produk tersebut? Kalau tak ada, kerja anda akan jadi susah. Dan pastikan produk tersebut ada pemintaan dalam pasaran.

Jangan main hentam dan terus jadi stokis/ejen produk. Dan bagi pandangan saya, produk yang ada jualan yang berulang kali adalah yang terbaik! Tak penat nak cari pelanggan baru setiap masa.

 

 

3. Pemasaran

Ini sangat penting. Pertama, jangan terjebak dengan syarikat yang kedekut dengan kos pemasaran. Sebaiknya, bersama dengan syarikat yang punyai pelan tindakan yang mantap dalam masa 5 tahun ke hadapan. Sebagai contoh pelan tindakan dalam pemasaran konten dibawah.
Image result for content marketing success
Ini adalah faktor terbaik yang akan menyumbang pada keseronokan anda berniaga dan juga kejayaan anda kelak.
Jika anda dapat syarikat yang boleh mempertimbangkan idea anda untuk tingkatkan aktiviti pemasaran, teruskan. Ini adalah tanda yang jelas mereka faham apa yang anda perlukan.
Yang terakhir, margin keuntungan. Percaya tak cakap saya, untung besar bukan faktor kejayaan anda dalam bisnes. Walaupun untung besar, tapi pemasaran tak dijalankan dengan baik, produk tetap susah untuk dijual.

Lebih baik jual produk yang untung 2-3 ringgit tapi pemasaran yang hebat dari pihak syarikat menyebabkan permintaan produk meningkat dengan mendadak.

 

4. Sistem sokongan

Ini juga penting. Sistem sokongan yang dimaksudkan adalah sistem pembelajaran yang mampu membantu anda dari sudut ilmu untuk jalankan perniagaan itu sendiri.
Jika ibu pejabat sekadar menyediakan sistem latihan pemasaran atas talian sahaja, bagi saya ia tak cukup untuk membentuk minda anda untuk jadi usahawan berkaliber.
Lihat semula, apa sistem sokongan yang syarikat disediakan samada dalam bentuk latihan dan sebagainya. Ini menyumbang kepada kejayaan anda melangkah dalam perniagaan tersebut.
Banyak sistem sokongan yang ada dan kalau saya senaraikan satu per satu, penat anda membacanya nanti.

Jika anda rasa ada lagi poin yang saya tertinggal, beritahu saya dengan tinggalkan komen anda dibawah. Sekiranya ia memberi manfaat kepada anda dan rakan anda yang ingin memulakan perniagaan sebagai stokis/ejen, kongsikan dengan mereka.

Facebook Comments

Pin It on Pinterest