+605 829 0222 admin@mpr4u.my

Bagi kita yang memiliki kereta, sememangnya rim diberikan tumpuan yang lebih kerana ia akan menjadikan kereta kelihatan lebih bergaya, garang atau lebih elegan. Disebabkan oleh hal ini, ramai yang tidak kisah untuk berhabis wang bagi menukar rim kepada rim yang lebih menarik perhatian mereka. Rim kebiasaannya diperbuat daripada aluminium atau aloi magnesium. Rim dan tayar kereta anda boleh dikatakan sebagai satu komponen, kerana tanpa salah satu, yang satu lagi akan menjadi tidak berguna. Kedua-duanya juga memerlukan penjagaan yang sangat rapi untuk memastikan kereta anda kekal kelihatan menarik. Begitu juga dari segi tampungan beban, rim dan tayar kereta anda menampung beban yang lebih berbanding komponen kereta yang lain. Ia juga merupakan komponen yang terpaksa berdepan dengan berbagai permukaan jalan. Jadi anda ada seribu satu sebab untuk memastikan kedua-dua rim dan tayar anda mendapat penjagaan yang rapi dan menyeluruh.

Image result for cleaning rim

Kenapa anda perlu membersihkan rim dan tayar kereta anda?

Habuk-habuk brek yang bersifat menghakis akan berkumpul pada rim kereta anda dan akan melekat pada alur rim anda sekaligus membawa kepada kesan kotor, menggelupas dan luntur warna. Walaupun anda tidak perlu untuk menukar rim anda, tetapi nilai kereta anda akan jatuh disebabkan oleh perkara-perkara tersebut. Nilai kereta anda akan menjadi lebih rendah berbanding yang sepatutnya. Jika anda menghantar kereta anda untuk dibasuh oleh mereka yang profesional dan pakar, mereka tahu pencuci apa yang terbaik untuk setiap jenis rim sekaligus akan memastikan rim anda tidak akan terjejas.

Menghantar ke tempat mereka yang pakar pastinya menelan belanja yang lebih besar berbanding dengan anda membasuhnya sendiri. Bagi mereka yang memiliki kereta mewah, mereka lebih gemar dan akan pastikan mereka menghantar kereta mereka kepada yang pakar untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku terhadap kereta mereka. Tapi, mereka boleh la untuk berbuat sedemikian kerana mereka mampu. Bagaimana pula dengan kita yang memiliki bajet yang terhad?

Bagi anda yang ingin melakukannya sendiri, anda hanya perlu tahu teknik dan produk yang tepat untuk memastikan anda mendapat hasil seperti apa yang anda harapkan. Apapun, pastikan anda tidak membeli pencuci yang paling murah.

Bagaimana caranya?

Sebaik sahaja anda memilih pencuci untuk rim anda, ikuti tips berikut untuk mencuci rim dan tayar anda.

  • Gunakan span besar atau gunakan berus bulu halus. Rim adalah komponen yang mudah untuk tercalar. Jadi anda perlu pastikan anda menggunakan barangan yang betul-betul halus. Berus gigi lama juga boleh digunakan dan merupakan antara pilihan yang sesuai untuk anda.
  • Rendamkan span atau berus tersebut didalam air selama beberapa minit sebelum anda menggunakannya.
  • Gunakan air sebanyak yang mungkin. Anda boleh gunakan dua baldi air untuk dua jenis kegunaan yang berbeza. Satu baldi digunakan dengan pencuci dan satu lagi pula untuk membilas span atau berus anda. Dengan cara ini, anda tidak akan memindahkan kotoran daripada air ke rim anda semula.
  • Pastikan anda membersihkan satu rim pada satu masa bagi mendapatkan hasil yang terbaik.
  • Jangan “rushing”. Selepas anda menggunakan pencuci pada rim anda, biarkan untuk beberapa ketika bagi membolehkan pencuci tersebut bertindakbalas dengan kotoran.
  • Mulakan daripada atas rim dan perlahan-laah kebawah. Sama seperti halnya ketika anda mencuci tingkap. Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan kotoran daripada kembali semula kebahagian yang anda telah bersihkan.

Sekian sahaja untuk artikel kali ini. Macam mana? Banyak info menarik yang anda dapat kan? Lepas ni boleh lah anda gunakan tips-tips yang telah dikongsikan untuk memastikan anda mendapat hasil yang terbaik.

Facebook Comments

Pin It on Pinterest