Max Power Revolution

Imaginasi Kami,

Realiti Anda

12 Tahun Inovasi MPR

Perjalanan semalam merupakan asbab bagaimana kita dapat berdiri kukuh hari ini. Pengalaman suka duka MPR yang lebih sedekad menjadikan Max Power Revolution (MPR) terus mendapat permintaan dan kekal utuh di dalam pasaran Malaysia hingga ke hari ini.
12 tahun perjalanan yang penuh liku dan cabaran menjadikan MPR hanya yang terbaik untuk yang terbaik.Buat yang bersama-sama Max Power Revolution (MPR) dari tahun 2008 hinggalah menginjak ke tahun 2020, kami di Max Power Revolution (MPR) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.

Matlamat MPR hanyalah satu, ingin memberi satu penyelesaian yang mudah buat pengguna-pengguna kereta di luar sana. Kami juga ingin berkongsi impian dan peluang perniagaan kepada semua bakal usahawan di luar sana dan seterusnya meningkatkan taraf hidup masyarakat bumiputera serta menjana ekonomi ummah.

Tiada kata yang terungkap

Dengan penuh azam dan dedikasi, kami di Max Power Revolution akan sentiasa memastikan produk-produk MPR berkualiti dan dipercayai. Dengan rasa penuh cinta dan tanggungjawab, kami akan menerajui dan menguasai perniagaan bumiputera berlandaskan nilai yang menjadi prinsip utama kami.

hanya yang terbaik
untuk anda

Ringkasan Perjalanan

meniti 12 tahun

2008

Diasaskan

  • Syarikat Kilauan Impian Sdn. Bhd. ditubuhkan dengan produknya yang pertama iaitu MPR Fuelsaver Standard. MPR mula dipasarkan melalui media cetak. (Sinar, Harian Metro, Berita Harian & Majalah Mingguan Wanita)
2012

Fokus

  • MPR dilancarkan secara rasminya pada Oktober 2012 dan juga muncul buat pertama kalinya di kaca tv.  Berita TV1 & Biz Niaga
2013

Model Baharu

  • Pada ketika ini, MPR melahirkan 2 model baharu iaitu Fuelsaver HD dan Extra. Ini menambahkan lagi keyakinan MPR untuk memiliki sebuah pejabat urusan yang lebih profesional.
2014

Kukuh

  • Pada ketika ini, MPR semakin kukuh dan mampu membuka peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan. Jenama MPR terus dipasarkan melalui tv Bernama pula.
2015

Meluas

  • MPR lebih berani kali ini dengan menganjur Karnival Hari Pekerja. Memperkenalkan jenama MPR pada skala yang besar dengan pengenal produknya yang baharu iaituMPR Lubricant dan MPR Performance Pack.
2016

Krisis Ekonomi

  • MPR nyata terasa tempias akan kejatuhan ekonomi dunia. Jualan yang semakin merosot hampir-hampir menengeelamkan impian yang tercetus satu ketika dahulu
2017

Seminar

  • Pengalaman ternyata guru yang terbaik. MPR mula bangkit dengan idea yang pasti mencabar mereka yang ingin berjaya iaitu Jihad Niaga. Seminar wakil jualan MPR pertama kali diadakan di ibupejabat Taiping
2018

Pengiktirafan

  • Sedekad telah berlalu dengan pahit getir telah diharungi. Jenama MPR semakin gah di pasaran. Sambutan ulangtahun yang ke-10 diadakan secara besar-besaran. Pengiktirafan juga diberi kepada para wakil jualan sebagai tanda penghargaan
2019

Dominasi

  • Sekarang, MPR mendominasi industri gajet penjimatan minyak. Jenama MPR boleh dilihat dimana sahaja, billboard, TV, suratkhabar, radio dan banyak lagi. Mengekalkan konsistensi merupakan satu cabaran. Namun, itulah asam garam yang perlu dirasai.

Sebagai Tanda Penghargaan

Ini Yang Kami Tawarkan

OPPSS!!! Tapi Sebelum tu…

Siapa Yang Perlu Pakai

 

  • Orang yang pakai KERETA LAMA NAK RASA BARU
  • Orang yang inginkan PERUBAHAN BESAR DALAM PENGURUSAN KEWANGAN
  • Orang yang ingin MERASAI KUASA TURBO dekat kereta tanpa pasang turbo pun.
  • Orang yang tidak mahu BAYAR LEBIH KOS BAIKI KERETA
  • Orang yang peduli akan PENJAGAAN SISTEM ELEKTRIKAL KERETA.

Bukan Untuk Mereka 

 

  • Kereta dah lama TAPI TAK PERNAH PEDULI PUN
  • Orang yang TAK KISAH AKAN PENGURUSAN KEWANGAN.
  • Orang yang TIDAK KISAH KERETA LEMBAB DAN TAK BERTENAGA
  • Orang yang TIDAK KISAH BAYAR LEBIH KOS BAIKI KERETA
  • Sistem elektrikal kereta tak BERFUNGSI DENGAN BAIK PUN MASIH OKAY
copper

Kenapa bukan logam, aluminium atau gangsa?

Dari Besi Ke Copper

Copper

iaitu tembaga mempunyai sifat pengaliran haba dan elektrik yang lebih baik berbanding logam besi, aluminum dan gangsa.

Kepentingan plat copper yang digunakan pada

MPR FUELSAVER

terletak pada keupayaannya untuk mengurangkan rintangan bumi dan seterusnya meningkatkan keupayaan anti-gangguan.

Bagi meningkatkan prestasi

MPR FUELSAVER,

copper digunakan supaya arus elektrik dapat disalurkan dengan baik bagi mengelakkan pembaziran arus.


Apabila voltan telah stabil tanpa mengalami sebarang kejatuhan. Kenderaan akan beroperasi tahap optimum. Kadar suntikan bahan api ke dalam enjin dapat dilakukan dengan tepat dan seterusnya menghasilkan kuasa pecutan serta pengecasan bateri dengan lebih sempurna.

Yang pasti, pemanduan kita pun akan lebih

HEBAT

dan

POWER!
Integrasi

Teknologi MPR

MPR fuelsave™

Teknologi unik MPR Fuelsave™ yang direka khusus untuk setiap produk keluaran kami terbukti meningkatkan penjimatan minyak yang tak masuk akal.

MPR smartdrive™

Teknologi pengurusan arus MPR Smartdrive™ meningkatkan daya pengurusan stabil dan cekap untuk seluruh sistem elektronik kenderaan – Ia meningkatkan keupayaan dan melindungi sistem kenderaan dengan efisien.

MPR comfortdrive™

Hasil dari integrasi teknologi unik yang dilengkapkan dalam produk MPR membawa ke status pemanduan berbeza – MPR comfortdrive™, satu cetusan pengalaman pemanduan mewah lagi selesa yang pasti menjentik emosi setiap pemandu.

MPR performadrive™

Pengagihan arus yang stabil dan konsisten dari MPR Perfomadrive™ dengan kuasa turbo booster 2.0 yang diperkemas meningkatkan prestasi tujahan enjin luarbiasa – Satu pengalaman baru yang pasti berbeza.

Intelligent Stabilizing System

Satu mekanisma yang diimplimentasikan dalam unit MPR Fuelsaver untuk menambahkan lagi kecekapan pengurusan distribusi arus elektrik dalam kenderaan dengan lebih sekata & efisyen. Bersifat adaptif dan ideal berintegrasi secara automatik dalam mengenali variasi kuasa atau arus elektrik yang perlu diuruskannya.

Turbo Booster 2.0

Peningkatan kuasa enjin kenderaan tanpa modifikasi yang berat memberikan pengalaman pemanduan ala kereta berenjin turbo.

Fuelsaver HD07

Gajet penjimatan yang terlaris dengan penjimatan minyak sehingga 55%. Sesuai untuk kenderaan berenjin petrol dan diesel. Dilengkapi dengan teknologi I.S.S. dan juga Turbo Booster 2.0

  • MPR performadrive™
  • MPR comfortdrive™
  • MPR smartdrive™
  • MPR fuelsave™

 

Fuelsaver Extra

5x lebih kuasa dari MPR Standard dengan penjimatan minyak sehingga 55%. Sesuai untuk kenderaan 1.5cc ke bawah. Dilengkapi dengan teknologi I.S.S.

  • MPR comfortdrive™
  • MPR smartdrive™
  • MPR fuelsave™

 

Fuelsaver Standard

Produk sulung MPR yang masih bertahan hingga sekarang. Sesuai untuk kenderaan 1.0cc ke bawah dengan penjimatan minyak sehingga 45%.

  • MPR comfortdrive™
  • MPR fuelsave™

 

Lubricant 5W-40

Minyak enjin 4 liter fully sintetik ini mampu membawa kenderaan lebih jauh sehingga 15,000km dengan teknologi sifar geseran. Formulasi MAS + Tribology yang unik memberi perlindungan ekstra kepada enjin anda.

 

Lubricant 10W-40

Minyak enjin 4 liter semi sintetik ini mampu membawa kenderaan lebih jauh sehingga 12,000km dengan teknologi sifar geseran. Formulasi MAS + Tribology yang unik memberi perlindungan ekstra kepada enjin anda.

Lubricant 1L

MPR Lubricant kini dalam botol 1 liter. Direka khas bagi pemandu yang mahukan hanya yang terbaik untuk enjin kenderaan. Dengan Zero Friction Technology pasti memberikan kelebihan tambahan berbanding minyak enjin biasa.

 

Kilauan Impian Sdn. Bhd.

Lot 1643, Gd. & 1st Floor,
Jalan Ciku, Off Jalan Tupai,
34000 Taiping, Perak

Tel : 6010 510 9300  |  6010 510 9311

Saya Nak Sekarang