+605 829 0222 admin@mpr4u.my
Corak kehidupan kita kian berubah hari demi hari, teknologi juga kian pantas berkembang.  Kita merupakan generasi yang amat bertuah, semuanya sudah menjadi mudah dan hanya memerlukan beberapa klik sahaja di telefon pintar kita untuk menguruskan perkara seharian.
 
Ini termasuk dengan membeli makanan secara online dengan hanya menggunakan aplikasi sahaja. Tentunya, gaya hidup yang sibuk dipenuhi tugasan pejabat boleh menjadikan kita tidak sempat untuk memasak kerana mungkin kita merasa letih dan sebagainya.
 
Jadi dengan  itu, min senaraikan beberapa aplikasi food delivery yang anda boleh gunakan apabila lapar.
 
 
1.Foodpanda
 
 

 
Aplikasi Foodpanda merupakan antara aplikasi popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia telah bekerjasama dengan hampir 800 restoran di Malaysia untuk menyediakan pelbagai hidangan untuk dipilih.
 
Jadi, memang banyak pilihan makanan yang korang boleh pilih. Selalunya, min order rm15  dan caj penghantaran juga dalam rm4-rm5. Yang bestnya, dalam foodpanda ini, banyak voucher makanan yang diberi kepada pengguna aplikasi ini, memang jimat bila pakai Foodpanda ini berbanding beli makanan secara terus di kedai!
 
Kini aplikasi ini digunakan secara Meluas di Malaysia, memang berbaloi dengan Foodpanda ini!
 
2. Grabfood
 

 
GrabFood semestinya antara aplikasi pilihan utama rakyat Malaysia. Pasti anda dapat melihat di serata tempat pasti akan ada rider GrabFood yang sedang menghantar makanan ke pelanggannya.
 
Grab Food juga menawarkan kod promosi khusus yang banyak dan menggunakan Grab Rewards Food Stamp untuk tawaran yang lebih menarik.
 
Sememangnya penggunaan Grabfood amatlah sesuai untuk anda yang mahu jimatkan masa dan juga ingin mendapatkan tawaran yang menarik!
 
3. Dahmakan
 

 
Dahmakan merupakan aplikasi pesan makanan yang popular. Menyenaraikan hidangan-hidangan yang berkhasiat dan yang paling penting tiada amaun minimum pesanan serta tiada sebarang caj penghantaran dikenakan.
 
Turut menawarkan Prime, iaitu pakej pra-bayar berharga RM 209 (10 hidangan), RM399 (20 hidangan), dan RM949 (50 hidangan).
 
Menjanjikan 30 minit tempoh penghantaran dan jika terlewat hidangan tersebut adalah percuma. Dahmakan beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan kini semakin berkembang ke seluruh negeri di Malaysia!
 
 
4.Bungkusit
 
 

 
Bungkusit mula dikenali dengan melakukan penghantaran dokumen dan bungkusan. Kini ia juga menawarkan penghantaran makanan untuk anda hingga ke depan pintu.
 
Dengan tawaran yang menarik ditawarkan di Bungkusit , pastinya anda dapat hilangkan rasa lapar dengan juadah dari pasar malam hingga ke restoran mewah!
 
5.Mammam
 

 
Dengan lebih daripada 30 makanan Melayu, Cina, India, Thai atau vegetarian untuk dipilih, Mammam merupakan khidmat penghantaran makanan atas permintaan yang menerima pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
 
Pembeli hanya perlu memilih makanan yang ingin dipesan daripada senarai yang disediakan, buat pembayaran secara online atau tunai ketika penghantaran, dan makanan akan dihantar ke depan pintu rumah.
 
Pada masa ini, khidmat penghantaran beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Menariknya, pembeli boleh membuat pesanan makanan dua hari lebih awal dan memilih waktu penghantaran mengikut kesukaan masing-masing.
 
Apa yang menarik tentang aplikasi mammam ini ialah kita boleh membuat pesanan untuk 2 hari sebelumnya, memang mudah!
 
 
Dah tahu kannnn, apa lagi boleh la download aplikasi pilihan anda sekarang!
 
Memang mudahh dan menjimatkan masa, min memang dah galakkan keluarga min untuk menggunakan aplikasi ini. Terutamanya yang duduk di kota raya seperti Kuala Lumpur.
 
Kemudahan seperti ini memang kita perlu gunakan dengan sebaiknya , jadilah pengguna yang bijak!
Facebook Comments