+605 829 0222 admin@mpr4u.my

1. Selaraskan tekanan angin tayar kereta
Jika tekanan angin tayar dibawah paras optimum, kereta anda bakal menggunakan lebih banyak petrol. Tekanan angin optimum juga penting bagi memastikan pemanduan yang selamat dan ekonomikal. Periksa tekanan angina selalu, terutamanya sebelum perjalanan yang jauh. Jika ianya berada diparas yang betul, petrol boleh dijimatkan sehingga 2% – 3%. Anda dinasihatkan untuk memeriksa tekanan angin setiap 2 minggu, ataupun sekurang-kurangnya sebulan.

2. Isi petrol ketika suhu sejuk
Untuk memaksimakan nilai petrol yang anda isi, lakukannya ketika suhu persekitaran masih sejuk. Pada cuaca seperti ini, kapasiti minyak petrol adalah lebih padat. Ketahui bahawa caj yang dikenakan adalah berdasarkan harga seliter, dan bukan kepadatan, mengisi petrol pada waktu awal pagi ataupun malam bakal memastikan anda mendapat kapasiti minyak yang lebih banyak. Selain itu, jika anda mengisi petrol pada suhu lebih sejuk, jumlah minyak yang anda akan dapat juga lebih kerana minyak lebih padat pada suhu sejuk.

3. Jangan ikut kereta dengan rapat
Bukan sahaja tindakan ini berbahaya, anda juga akan menggunakan lebih banyak petrol jika kenderaan di hadapan berhenti secara tiba-tiba. Mengikuti kereta dihadapan dengan terlalu rapat akan menyebabkan anda menekan brek secara mengejut dengan kerap kerana anda perlu bertindak pantas pada tindakan kereta dihadapan. Jadi, pastikan anda berada pada jarak selamat di antara kenderaan yang berada di hadapan untuk mengurangkan penggunaan brek secara tiba-tiba. Jangka hayat brek anda juga akan lebih terpelihara.

4. Gunakan kad kredit yang betul
Tahukah anda, lebih kurang 40% kad kredit di Malaysia menawarkan ganjaran berkaitan kereta, seperti rebat tunai atau mata ganjaran untuk perbelanjaan petrol? Bagi pengguna kereta, semestinya kad kredit seperti tersebut sesuai untuk anda. Dengan menggunakan kad kredit yang menawarkan rebat petrol, anda boleh mendapat beberapa peratus dari wang yang anda belanja untuk mengisi petrol.Kad kredit Standard Chartered JustOne Platinum Mastercard® merupakan cadangan kami. Antara faedah-faedah kad tersebut ialah:
  • Rebat 15% untuk petrol, dengan perbelanjaan bulanan minima RM2,500.
  • Rebat 10% untuk petrol, dengan perbelanjaan bulanan minima RM1,500; rebat 5% untuk petrol, dengan perbelanjaan bulanan minima RM1,000; dan rebat 0.2% untuk perbelanjaan-perbelanjaan lain.
  • Tawaran barangan eksklusif.
  • Rebat 15% untuk bayaran bill automatik dan pembelian dalam talian.
  • Had rebat RM85 sebulan

5. Selenggara kereta anda
Pastikan anda hantar kereta untuk diservis bagi menjaga prestasi enjin, dan gunakan minyak enjin yang betul. Selain itu, ikut jadual servis kereta anda untuk mengelakkan masalah besar berlaku pada komponen kereta. Antara penyelenggaraan yang perlu anda lakukan ialah menukar minyak enjin, penapis udara, dan juga palam pencucuh. Jika komponen kereta berfungsi dengan baik, perjalanan menjadi lebih lancar dan penggunaan petrol juga menjadi lebih efektif.

Facebook Comments