fbpx
+6010 510 9300 admin@mpr4u.my

Bila nak membeli kereta aje, mesti korang asyik fikir kereta yang CC besar, nak yang sporty aje kan.. Nak yang sedap aje bila bawak.Ada setengah bila nak beli kereta aje mesti fikir nak yang ruangan yang besar.

Setengah orang bila nak beli kereta mesti nak yang jenama yang gah-gah gituu.. Tapi kalau tak sedap bawak dan bulan-bulan kena tanggung payment melambung buat ape. itu semua punca-punca nak berak besar.


kali ni min nak share kereta yang memang jimat minyak. Ini kali kalau min cakap pasal model kereta ni memang semua orang mesti pertimbangkan model kereta ni untuk beli.

5.TOYOTA PRIUS

Dengan enjin DOHC VVT-i 1.5 liter 4 silinder,  dan 16 injap, kereta hibrid Toyota Prius C memiliki kadar kecekapan bahan api setinggi 25 km/l! Kereta ini memiliki kapasiti tangki minyak 36 liter, dan kadar pelepasan CO2 91 g/km berdasarkan Standard Pelepasan Eropah (European Emission Standards). Kos Prius C boleh mencecah MYR 153,170, dan anda perlu berbelanja RM93.60 untuk mengisi tangki penuh.


*Harga minyak berdasarkan harga RON97 pada Mac 2017. Semua maklumat berdasarkan risalah maklumat rasmi dari laman web jenama-jenama tersebut.


Membeli kereta sememangnya merupakan satu pelaburan, jadi pastikan anda tidak akan terbeban dengan kos penjagaan kereta. Pilih kereta yang memiliki penggunaan minyak yang cekap untuk menjimatkan minyak dan sekaligus, menjaga alam sekitar. Untuk lebih penjimatan, gunakan kad kredit yang memberikan rebat tunai untuk perbelanjaan petrol, seperti kad Standard Chartered Just One Platinum.

Tapi Min rasa tahun depan model ni akan dilancarkan tapi yang pastinya penjimatan minyak akan lebih upgrade.

4.PERODUA BEZZA ADVANCE

Kereta sedan EEV pertama keluaran Perodua ini menggunakan enijn dual VVT-i 1NR-VE. Ditambah dengan sistem ‘Eco Idle’  yang mematikan enjin secara automatik apabila kereta dalam keadaan pegun dan hidup semula sebaik sahaja brek dilepaskan.

Selain itu, ia juga mempunyai E-AT yang mengawal transmisi kenderaan secara elektronik melalui Engine Control Unit, penggunaan bahan api (kadar kecekapan bahan api pada 22 km/l) dan pelepasan CO2  yang boleh dikawal dengan lebih cekap.


Perodua Bezza mempunyai kapasiti tangki minyak kecil, iaitu 36 liter.  Oleh itu, kos setangki penuh ialah RM 93.60. Untuk variasi 1.3 Advance ini, harga kereta ini ialah dari RM 50,800.

Uish tak sangka min, untuk model kereta BUATAN MALAYSIA  ni mendapat tempat kedua dalam senarai kereta kedua dalam penjimatan minyak.

3.HONDA JAZZ

Satu lagi kereta EEV dalam senarai ini, Honda Jazz dilengkapi dengan enjin SOHC i-VTEC 4 silinder, 16 injap serta Continuous Variable Transmission (CVT) yang menggunakan teknologi Earth Dreams dari Honda. Kadar kecekapan bahan api kereta ini ialah pada 17.8 km/l, dengan pelepasan CO2 104g/km. Tangki minyak Honda Jazz memiliki kapasiti penuh 40 liter, dengan kos minyak RM 104 untuk satu tangki penuh. Harga Honda Jazz Hybrid adalah dalam dari RM89,900 keatas.

4.TOYOTA VIOS

Kereta EEV (energy efficient vehicle) keluaran Toyota ini dilengkapi dengan enjin dual VVT-i baru, dengan indicator ECO yang memastikan penggunaan bahan api yang cekap (kadar kecekapan bahan api 19 km/l) serta pelepasan COyang minima. Penutup enjinnya juga turut berfungsi untuk mengurangkan bunyi bising dari enjin.


Kapasiti tangki minyak Toyota Vios ini boleh mencecah 42 liter, oleh itu kos untuk satu tangki penuh sekitar RM 109.20. Berdasarkan maklumat terkini, pelepasan CO2  Toyota Vios ialah pada 145g/km (mungkin lebih rendah selepas ujian keatas enjin terbaru dijalankan). Harga pasaran untuk kereta ini ialah antara RM 76,500 hingga RM 96,400.

5.KIA RIO 1.4 SEDAN


Dengan enjin T-GDI turbo tiga silinder, Kia Rio 1.4 liter juga mempunyai kapasiti tangki minyak sehingga 43 liter. Selain itu, Kia Rio yang terbaru ini turut memperkenalkan sistem Idle Stop and Go (ISG), yang mengurangkan pelepasan CO2 sehingga dibawah 90g sekilometer.

Dengan kadar kecekapan bahan api 17 km/l, anda boleh memandu sejauh 640 km dengan tangki yang penuh. Anggaran kos sebuah Kia Rio ialah sekitar RM 74,000 keatas, dengan kos minyak RM 111.80 untuk tangki penuh.

Facebook Comments

Pin It on Pinterest