+605 829 0222 admin@mpr4u.my
Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang,” merupakan slogan kempen yang paling popular di negara kita.
 
Sering kali, kita sering digemparkan dengan kemalangan jalan raya yang mengorbankan ribuan jiwa manusia. Statistik juga menunjukkan bahawa kemalangan yang mengaitkan kereta adalah antara yang tertinggi di Malaysia.
 
Justeru itu, para pemandu diingatkan untuk peka dan mempraktikkan cara pemanduan yang selamat dan juga memastikan langkah-langkah persediaan sebelum memulakan perjalanan jauh diambil serius.
 
 
Apakah tips persediaan yang perlu anda ikuti sebelum memulakan perjalanan jarak jauh?
 
1. Melakukan pemeriksaan kenderaan
 
Pertama, sila lakukan pemeriksaan kenderaan di bengkel yang anda percayai dan pastikan kenderaan anda diselenggara dengan baik dan selamat dipandu.
 
Selain itu, jangan lupa periksa tayar simpanan dan pastikan anda membawa air bateri, minyak enjin, peti pertolongan cemas, pemadam api bersaiz kecil serta peralatan yang berkaitan sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Pastikan juga lampu utama, lampu brek dan lampu isyarat berfungsi dengan baik.
 
 

 
2. Merancang perjalanan anda dengan rapi.
 
Antara persediaan yang boleh anda lakukan adalah dengan merancang perjalanan anda dengan rapi.
 
Seperti contoh, anda boleh merancang waktu yang sesuai dengan merancang waktu yang sesuai untuk memulakan perjalanan dengan melihat perkembangan trafik di laman web www.jalanow.com.
 
Anda juga digalakkan menangguhkan perjalanan dan juga berehat di  mana-mana Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sekiranya anda  berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram.
 
 

 
3. Menggunakan SmartTAG dan Touch ‘n Go.
 
Selain itu, antara persediaan yang anda boleh lakukan adalah dengan menggunakan SmartTAG dan Touch ‘n Go.
 
Anda juga digalakkan untuk menyemak baki SmartTAG dan Touch ‘n Go terlebih dahulu dan menambah kredit sebelum
memulakan perjalanan sekiranya baki anda tidak mencukupi.
 
Penggunaan SmartTAG dan Touch ‘n Go sememangnya menjimatkan masa anda daripada beratur di lorong tol tunai yang panjang dan yang memakan masa.
 
 

Touch N Go

 
4. Menghindari dari memiliki perasaan negatif sebelum memandu.
 
Seterusnya, hindari dari memiliki perasaan negatif seperti marah, kecewa dan teragak-agak sebelum memandu. Perbuatan berkenaan boleh mendorong untuk melanggar peraturan jalan raya seperti memandu laju dan secara berbahaya.
 
Anda haruslah memastikan emosi anda stabil sebelum mula perjalanan agar ia tidak mempengaruhi pemanduan anda. Anda juga dinasihatkan tidak terlalu beremosi di jalan raya dan elakkan dari terlibat dengan pergaduhan dengan pemandu lain di jalan raya.
 
“Ingatlah orang yang tersayang” semasa memandu kerana dua minit sifat marah dalam diri itu hanyalah sementara daripada akibat yang akan ditanggung anda jika anda terlalu ikutkan emosi di dalam diri.
 

 
 
5. Mendapatkan rehat yang mencukupi.
 
Perkara yang paling penting sebelum anda memulakan perjalanan jarak jauh adalah dengan mendapatkan rehat yang mencukupi .
 
Rehat yang mencukupi adalah amat penting bagi memastikan anda tidak mengalami keletihan dan juga mengantuk semasa memandu kereta.
Ia juga dapat mengelakkan pemandu daripada menghadapi gejala ‘microsleep’. Gejala itu biasa berlaku antara sesaat hingga dua minit, tetapi pada kebiasaannya berlaku dalam tempoh 10 saat.
 
Sewaktu proses ‘microsleep’ berlaku, secara am otak dipaksa untuk tidur. Situasi itu, menyebabkan bahagian otak thalamus (bahagian otak yang bertanggungjawab untuk mengatur tidur), mengalami penurunan aktiviti.
 
Gejala ‘microsleep’ sering kali menyumbang kepada kemalangan jalan raya, maka para pemandu dinasihatkan agar mendapatkan rehat secukupnya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
 
 

 
Facebook Comments