Memiliki kereta mungkin menjadi satu impian atau pun satu igauan, semuanya bergantung pada cara anda menjaganya. Berikut ialah 7 perkara yang kebanyakan pemilik kenderaan biasa lakukan yang menjahanamkan kereta (kereta rosak) dan juga poket anda.
1. Mengabaikan Isyarat “Check Engine” Pada Kereta Anda
Mengabaikan isyarat “check engine” yang menyala pada kereta anda boleh mengakibatkan masalah yang serius pada enjin anda dan selalunya melibatkan pembiayaan kos pembaikan yang sangat tinggi. Sekurangnya, isyarat ini mungkin menandakan masalah enjin yang menjejaskan penggunaan minyak secara efisyen.
2. Gagal Untuk Menggantikan Minyak Pelincir & Penapisnya
Kebanyakan pelincir diperlukan untuk operasi dan juga perlindungan komponen. Memeriksa pelincir secara berkala, termasuk juga dengan penapisnya dapat membantu dan memastikan kenderaan anda berjalan dengan baik dan memanjangkan jangka hayatnya.
3. Mengabaikan Tayar Kereta Anda
Tayar kereta anda perlu kerap diperiksa samada anginnya cukup atau tidak, dan juga bunga pada tayar perlu berada dalam keadaan yang baik. Tayar yang kurang angin akan lebih cepat haus dan perlu diganti dengan lebih cepat. Malah, ia juga akan emberi kesan yang negatif, dari segi keselamatan, penggunaan minyak dan juga prestasi.
4. Tidak Mengikut Jadual Servis Kenderaan
Disebabkan kebanyakan bahagian dan komponen akan haus atau tamat tempoh, maka kereta anda perlu di periksa atau diservis secara berkala dalam mengekalkan ia dalam keadaan yang optimum. Pemeriksaan rutin dan pembaikan yang mengikut jadual akan membuatkan kereta anda berfungsi dengan baik dan mengelakkan dari anda terlibat dengan kos pembaikan yang sangat tinggi.
5. Membiarkan Kereta Kotor
Membiarkan kereta anda tidak dicuci dalam tempoh yang sangat lama akan menyebabkan kotoran berbentuk campuran habuk dan kimia terkumpul, lantas meningkatkan pontensi karat dan secara langsung menjejaskan penglihatan untuk situasi memandu yang selamat.
6. Pemanduan Yang Tidak Berhemah
Sama ada berhenti di simpang, cuaca yang ekstrem, jalan yang kasar atau beban yang berat, kadang kala adalah sukar untuk mengekalkan pemanduan secara berhemah. Walaubagaimanapun, anda boleh memandu secara bijak dan mengekalkan penjimatan minyak dengan mematuhi hadlaju; mengelak memandu secara agresif; dan mengekalkan kenderaan dalam keadaan tip top.
7. Menyimpan Kereta Anda Seperti Di “Muzium”
Mungkin kerana penjagaan kereta bukan menjadi keutamaan pada pemilik, maka ramai yang tidak sedar dengan berbuat demikian akan menjejaskan prestasi, keselematan dan nilai kereta juga terjejas. Penyelenggaraan secara berkala, jika dilihat secara tidak langsung dapat mendapatkan penjimatan wang, mengelakkan sakit kepala dalam menjaga aset anda.
Salah satu perkara yang paling dahsyat yang boleh anda lakukan ialah tidak memandu kereta anda. Jika kereta tidak bergerak dalam tempoh yang lama, baterinya kemungkinan akan mati, minyak berkelodak dan tayar akan lari bentuk bulatnya. Catnya juga mungkin akan pudar, maka anda terpaksa memperuntukkan masa dan wang untuk mengembalikannya ke bentuk yang asal.