fbpx
+6010 510 9300 admin@mpr4u.my

Untuk penjimatan minyak, topiknya memang sangat subjektif. Namun, tidak menjadi satu kesalahan jika kita memilih untuk mengikut tips-tips yang ada.

  • Biarkan enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat tanpa menekan pedal minyak. Bertujuan untuk memanaskan enjin.
  • Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda. Oleh itu, amalkan mengisi minyak di sebelah pagi atau cuaca yang redup bagii mengelakkan petrol anda mengewap.
  • Pastikan tekanan angin tayar anda betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran tayar yang berlebihan. Anda juga dapat memanjangkan jangka hayat tayar kenderaan. 
  • Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang atau menunggu traffic light yang sangat lama. Elakkan menekan pedal minyak ketika kenderaan tidak bergerak.
  • Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.
  • Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan anda sencara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.
  • Apabila cuaca luar sudah sejuk (malam atau di tanah tinggi) eloklah matikan air-cord anda. Selain itu, matikan juga aircord anda bila sudah hampir tiba destinasi. Pengunaan minyak bertambah 10% apabila mengunakan aircond.
  • Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu untuk melancarkan pergerakkan kereta. Jika tidak, kereta akan mengalami rintangan angin menyebabkan kereta bergerak perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih banyak untuk bergerak

Facebook Comments

Pin It on Pinterest