+6010 510 9300 admin@mpr4u.my
Kita sedia maklum akan realiti dunia pekerjaan di mana kita perlu memberikan yang terbaik untuk mengekalkan tahap yang dan juga prestasi yang baik sepanjang kita bekerja.
 
Dunia pekerjaan kini makin mencabar dan sering kali kita seolah-olah tidak cukup masa untuk membuat apa yang patut dalam sehari; dan senarai yang hendak dibuat seperti tiada akhirnya.
 
Stress yang ada hubung kait dengan pekerjaan merupakan masalah yang semakin ketara.
 
 
Apa yang anda perlu lakukan untuk mengatasi tekanan di tempat kerja?
 
Pertama, anda boleh mencari teman yang rapat di tempat kerja. Statistik pernah menunjukkan bahawa setiap pekerja yang menjalinkan hubungan yang baik sesama rakan sekerja mempunyai kecenderungan yang baik untuk kekal positif dan seronok sepanjang bekerja.
 
Hubungan yang baik sesama rakan sekerja juga sedikit sebanyak menceriakan hari-hari kita di pejabat.
 

 
Kedua , anda boleh kekal positif dan juga dapat mengatasi stress di tempat kerja anda dengan menghias tempat meja kerja anda.
 
Pejabat menjadi rumah kedua kerana kita di situlah kita berada seharian.
 
Jadi hias meja kerja mengikut cita rasa, jadi setiap kali anda berada di tempat duduk, anda rasa gembira.
Meja kerja yang cantik sedikit sebanyak membuat anda lebih bersemangat untuk membuat kerja dan berasa lebih tenang.
 
Contoh hiasan yang baik adalah dengan menggunakan warna-warna pastel dan juga boleh cuba untuk meletakkan tanaman hiasan seperti kaktus!
 

 
Ketiga, cara untuk mengatasi stress di tempat kerja adalah dengan mengamalkan ‘Gaya hidup sihat’
 
Daripada anda hilangkan stress anda dengan memakan makanan yang tidak sihat atau menghisap rokok, lagi bagus jika anda membuat perkara yang berfaedah seperti bersukan atau meluahkan bebanan yang anda hadapi kepada seseorang.
 
Bersenam adalah salah satu cara yang terbaik. Apabila kita mengeluarkan peluh, badan kita akan mengeluarkan hormon Endorphine.
 
Ianya akan mengurangkan hormon stress. Secara tidak langsung, saluran darah kita pun akan lancar dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan stress anda.
 
Melakukan aktiviti hobi yang anda minat seperti membaca novel, atau bermain game dengan keluarga anda juga dapat mengurangkan stress anda. Tidur yang cukup juga sangat penting untuk mengurangkan stress anda.
 
 

 
Keempat, anda juga boleh mengatasi stress di tempat kerja dengan melakukan pekerjaan yang anda gemari.
 
Hal ini kerana dengan adanya perasaan suka dan minat terhadap pekerjaan anda, ia secara automatik akan memudahkan anda untuk melakukan
pekerjaan itu malah akan membuat anda lebih bersemangat untuk melakukan perkara yang anda minati.
 
Pastikan anda memahami terhadap tugas dan tanggung jawab anda, serta jangan ragu untuk bertanya jika ada sebarang masalah yang dihadapi dalam melakukan pekerjaan anda.
 
 
 

Facebook Comments