+6010 510 9300 admin@mpr4u.my
Baru-baru ini rakyat Malaysia digemparkan dengan kematian seorang kanak-kanak yang telah dijangkiti virus influenza. 
Virus ini dikatakan semakin merebak sehingga menyebabkan beberapa sekolah di Malaysia terpaksa ditutup.
 
Sehingga kini, angka bagi pesakit yang dijangkiti virus ini juga makin meningkat dan dikenakan kuarantin di rumah
masing-masing hingga kini dan dalam penjagaan yang rapi.
 
Virus Influenza merupakan virus yang sangat cepat tersebarKanak-kanak yang dijangkiti boleh memindahkan virus influenza apabila batuk atau bersin, dan melalui hidung berhingus yang mengandungi titisan virus influenza.
 
Orang lain boleh dijangkiti influenza apabila menyedut titisan terbabit atau titisan termasuk ke dalam hidung atau mulut mereka selepas tersentuh permukaan yang tercemar.
 
“Mencegah adalah lebih baik dari mengubati”
 
Sehubungan dengan itu, masyarakat Malaysia terutamanya ibu bapa haruslah mengambil inisiatif dengan mempraktikkan langkah-langkah pencegahan virus influenza supaya keselamatan keluarga lebih terjamin.
 
Antara Langkah-langkah bagi mencegah virus influenza adalah :
 

langkah pertama adalah dengan mendapatkan rawatan segera apabila mengalami gejala batuk dan demam. Sekiranya anda mengalami gejala demam atau batuk adalah dinasihatkan untuk anda memakai penutup mulut dan hidung (face mask) sekiranya anda berada di tempat awam. Pemakaian surgical mask atau 3-ply mask dengan cara yang betul adalah memadai untuk mengelakkan penularan virus.
 
Selain itu, etika semasa batuk adalah amat penting bagi mengelakkan penularan virus influenza tersebar. Anda haruslah menutup hidung dan mulut dengan tisu atau tuala yang bersih dan buang tisu yang telah digunakan.
 
di bawah adalah tatacara pengunaan topeng muka yang betul.
 

 
Penjagaan kebersihan diri adalah amat penting bagi mencegah anda dari terjangkiti virus influenza. Anda haruslah memastikan untuk membasuh tangan dengan air dan sabun terutamanya selepas batuk atau bersin, selepas menyentuh hidung , mulut atau mata. Cacair ‘hand sanitizer’ juga adalah amat digalakkan untuk digunakan bagi tujuan pembersihan.
 
Bagi ibu bapa, adalah penting untuk anda memantau anak-anak untuk memastikan mereka tidak memasukkan sebarang mainan ke dalam mulut terutamanya jika mainan itu telah dikongsi dengan kanak-kanak lain. Ini adalah kerana mainan tersebut mungkin telah tercemar dengan bakteria yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
 
Sentiasa menstretil barang-barang mainan anak anda dengan melarutkannya di dalam air, bilas dan keringkan. Rutin ini dapat memastikan penjagaan kebersihan anak-anak anda dalam keadaan yang baik.
 

 
 
Seterusnya, anda haruslah memastikan pengudaraan di rumah dan juga mempunyai pencahayaan yang baik. Ini adalah bertujuan untuk memastikan pengaliran udara dalam rumah adalah cukup dan baik. Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa buka tingkap dan pasang kipas kerana peredaran udara boleh mengurangkan pengumpulan zarah berjangkit yang dibawa udara.
 

 
 
Kebersihan rumah juga amatlah penting di samping penjagaan diri. Anda haruslah memastikan lantai atau meja yang telah tercemar dengan lantai dibersihkan dengan baik untuk mengelakkan bakteria daripada terkumpul dan seterusnya boleh menyebabkan jangkitan kepada anda.
 
Akhir sekali ,amalan gaya hidup sihat juga amat penting bagi memastikan anda sentiasa dalam kesihatan yang baik seterusnya dapat mencegah sebarang penyakit.  Pengambilan diet yang sihat dan pengambilan serat yang mencukupi juga dapat membantu anda sentiasa sihat dan bebas daripada sebarang jangkitan atau penyakit.
Facebook Comments