fbpx
+6010 510 9300 admin@mpr4u.my

SEBAGAI pemandu di negara tropika yang mengalami cuaca panas dan lembap sepanjang tahun, kita sememangnya sangat kritikal dengan suhu ideal ketika memandu. Penyaman udara mesti sentiasa mahu tip top!

Namun, pada masa sama banyak situasi memerlukan kita meletakkan kenderaan di kawasan terbuka yang disinari cahaya mentari terik. Apabila masuk semula ke dalam kereta, sudah rupa bilik sauna, panas berbahang. Lebih perit lagi kalau kerusi kereta daripada material kulit. Sudahlah kulit, warnanya hitam pula. Rasa macam dicucuk-cucuk jarum jika disentuh.

Membuka suhu penyaman udara kepada tahap maksimum dan paling sejuk pasti akan menurunkan suhu dalam kabin, tetapi mengambil masa lama. Jadi ada beberapa tip yang perlu anda buat untuk mempercepatkan proses menyejukkan ruang kabin kereta.

1. LETAK KERETA BAWAH TEMPAT TEDUH

Ini tip paling asas, cepat parkir kenderaan di bawah tempat teduh sama ada pokok atau apa-apa bumbung. Tetapi kalau sudah memang balik lewat petang atau malam, tiada guna pun parking di tempat redup dan kabin kerana kabin akan jadi sejuk juga. Lagipun parkir kenderaan di bawah pokok berisiko terkena tahi burung, dahan patah akibat ribut, bumbung roboh dan macam-macam bencana lain lagi. Apapun fikir masak-masak.

 

2. LAPIK KAIN ATAS KERUSI DAN STERENG

Image result for lovely car seat cushion

Kerusi dan roda stereng ialah benda penting yang pertama kali menyentuh kulit kita sebaik saja masuk kereta. Dua benda ini juga akan jadi sangat panas, terutama kalau daripada material kulit. Cadangan kami, selimutkan! Seeloknya kain putih kerana boleh bertindak sebagai pemantul cahaya. Boleh juga gunakan pembalut stereng yang dipasangkan ketika hendak keluar kereta. Apabila kembali semula, tanggalkan pembalut itu dan memandulah dengan tenang.

 

3. TURUNKAN SEDIKIT CERMIN

Semua sudah maklum, menurunkan sedikit tingkap boleh menjadikan kabin sedikit sejuk. Pastikan tingkap dibuka pada tahap yang tidak dapat dilepasi tangan melainkan kita bersedia buat repot polis kerana kereta hilang.

 

4. PASANG KIPAS SOLAR

Image result for car solar fan

Cara ini khabarnya sangat berkesan untuk membuatkan kabin kereta kekal nyaman, iaitu dengan mengeksploitasi cahaya matahari sebagai sumber tenaga. Beli kipas solar yang akan berpusing setiap kali kereta berjemur di bawah sinar matahari.

Ada dijual di Lazada Malaysia pada harga murah (~RM30). Tetapi selepas membaca komen pembeli di situ, anda mungkin perlu berfikir dua tiga kali. Apapun, boleh cuba. 😛

 

 

Oleh Yasmine Halim

 

 

Facebook Comments

Pin It on Pinterest