+605 829 0222 admin@mpr4u.my

Mencari tempat menarik di Perak?

Kelly’s Castle, Menara Condong Teluk Intan, The Lost World of Tambun, dan Bukit Merah Laketown adalah sebahagian nama popular pilihan pelancong dan ibu bapa semasa cuti sekolah.

Namun, ada banyak lagi tempat menarik yang ada di Perak untuk dilawati bersama anak-anak semasa cuti sekolah. Berikut adalah 10 lokasi terpilih:

1. Bukit Larut @ Maxwell Hill

 

Ini antara tempat yang sentiasa penuh semasa cuti sekolah. Tingginya mencecah 1036m dari paras laut. Di sinilah terletaknya taman dan rumah kolonial. Mereka yang ke sini akan mengambil peluang mendaki ke puncaknya sambil menghirup udara sejuk dan segar.

Harga Tiket: RM6 (dewasa), RM3 (Kanak-kanak),

2. Gua Tempurung

 

Mungkin tidak ramai yang membawa anak mereka ke tempat seperti ini semasa cuti. Namun, jika mahu anak anda merasai kelainan, cuba bawa mereka memasuki Gua Tempurung bersama jurupandu bertauliah mereka.

Ada beberapa pakej disediakan yang memakan masa sejam sehingga 2 jam. Anak anda pasti mempelajari sesuatu yang baru dan menarik untuk dikongsi dengan rakan-rakannya.

Harga Tiket (berbeza mengikut pakej): RM8-RM30(dewasa), RM4-RM15(kanak-kanak), RM20-RM50(warga asing dewasa), RM10-RM25(warga asing kanak-kanak).

Alamat: 31600 Gopeng, Perak

3. Hutan Lipur Lata Tebing Tinggi

 

Mandi di air terjun. Itulah tarikan yang ada di Daerah Selama. Malah, ada 5 air terjun di situ dan Lata Tebing Tinggi hanyalah salah satu darinya yang menjadi tumpuan penduduk setempat dan luar negara.

Selain itu, daerah ini juga mempunyai sungai dan tasik yang masih terpelihara. Homestay juga ditawarkan bagi pengunjung yang merangkumi pakej lawatan ke lokasi pelancongan yang lain di sekitarnya.

Harga Tiket: Percuma

Alamat: Ulu Mengkuang, 34100 Selama, Perak.

4.Sungai Klah Hot Spring

 

Mata air panas denan kos pembinaan RM6 juta ini dikatakan yang terbaik di Malaysia dari segi pengurusannya.

Suasananya yang dikelilingi pepohon hijau, bukit, dan sungai amat memukau perhatian. Ramai percaya bahawa mata air panas mempunyai keupayaan mengubati masalah kesihatan seperti kulit dan otot.

Jadi, mata air panas di Malaysia memang sering dikunjungi ramai, termasuklah yang terdapat di Sungai Klah ini. Antara aktiviti di sini ialah mandi di jakuzi, merebus telur, refleksologi air, dan berjalan di atas papan laluan mata air panas.

Malah, bagi yang berminat, 5 buah villa disediakan untuk tempahan bermalam di sini.

Alamat: 36000 Sungkai, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 10pm)

Harga Tiket: RM10 (dewasa), RM8 (kanak-kanak)

5. Movie Animation Park Studio

 

Taman Tema Animasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Asia. Ia dibina dengan kos RM520 juta! Oleh itu, tidak mustahil di dalamnya penuh dengan keseronokan kepada kanak-kanak.

Ia mempunyai 40 tarikan dengan 6 zon tema seperti Boboiboy, the Smurf, Megamind dan banyak lagi. Ada banyak permainan, persembahan, dan kedai yang menjual pelbagai barangan menarik.

Harga Tiket: RM190 (dewasa), RM150 (Kanak-kanak),

*Lihat promosi mereka untuk mendapat harga yang lebih murah

Alamat: 3, Persiaran Meru Raya, 31200 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 10am-6pm (Isnin-Jumaat), 10am-10pm (Sabtu-Ahad)

6. Orang Utan Island

 

Pulau seluas 35 ekar ini menjadi tempat tinggal Orang Utan. Kedatangan anda akan disambut oleh orang utan-orang utan. Pulau ini menjadi lokasi para ahli sains yang mahu membuat kajian mengenai orang utan.

Membuka pulau ini kepada umum membolehkan orang awam mengenali orang utan dan kepentingan menjaga mereka agar tidak pupus.

Harga Tiket: RM30 (dewasa), RM18 (Kanak-kanak),

RM36 (warga asing dewasa), RM36 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol, Perak.

Waktu Operasi: 9am-5pm setiap hari

7. Royal Belum State Park

 

Hutan hujan berusia lebih 130 juta tahun ini lebih tua berbanding hutan-hutan hujan lain di dunia termasuk hutan Amazon! Hutan seluas 134,167 hektar yang dijaga rapi sememangnya menyimpan khazanah berharga untuk diterokai.

Air Terjun Sungai Kooi dan Sungai Papan hanya sebahagian tarikannya. Jika bernasib baik, anda akan melihat haiwan-haiwan liar yang menghuni hutan ini dan bunga terbesar dunia iaitu Rafflesia.

Lupakan kesibukan dan gangguan tv dan media sosial. Terdapat resort yang dibina di pulau buatan iaitu Pulau Banding bagi mereka yang mahu menikmati malam yang damai di situ.

8.Spritzer Eco Park

 

Aktiviti keluarga pasti menyeronokkan di sini. Pengeluar minuman dalam botol terbesar di Malaysia ini telah menggabungkan keseronokan, pendidikan dan warisan dalam satu tempat.

Terdapat Mini Golf Course dengan jumlah 18 lubang kesemuanya untuk si kecil menunjukkan bakatnya dalam permainan tersebut. Bawa mereka meneroka alam dengan menelusuri Tree Tag Walkabout dan banyak lagi aktiviti menarik di sini.

Anda juga boleh melihat proses membotolkan air mineral jenama Spritzer. Mereka turut menyediakan kedai cenderamata agar anda dapat membeli barangan kenangan dan kedai kopi untuk merehatkan diri seketika.

Alamat: Lot 898, Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, 34000 Taiping, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11am & 3pm), Sabtu (11am), ditutup pada hari Ahad dan Cuti Umum

Harga Tiket: PERCUMA

9. Lost World Tambun

 

Lost world of Tambun adalah taman tema terbesar di utara semenanjung Malaysia yang terletak di daerah Tambun, berhampiran Bandaraya Ipoh, Perak. Ia mempunyai banyak aktiviti dan permainan menarik yang menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Bagi pengunjung yang belum pernah kesana dan berminat untuk bercuti bersama keluarga, disini kami sediakan sedikit maklumat untuk anda.

Harga tiket dan waktu operasi

Harga tiket masuk bagi dewasa, kanak-kanak dan warga emas. Harga berbeza mengikut waktu-waktu tertentu seperti musim percutian dan promosi.

  • Harga tiket dewasa – RM56.
  • Kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah dan lebih 90cm tinggi – RM49.
  • Harga tiket Warga Emas – RM49.
  • Kanak-kanak bawah 90cm tinggi – percuma.

Harga yang dipaparkan boleh berubah mengikut pihak syarikat Lost World Tambun.

Tiket adalah termasuk tempat dan aktiviti berikut:

  • Lost World Amusement Park.
  • Lost World Water Park.
  • Lost World Tiger Valley.
  • Lost World Petting Zoo.
  • Lost World Tin Valley.
  • Lost World Hot Springs & Spa.
  • Lost World Lupe’s Adventure.

10. Zoo Taiping & Night Safari

 

Uniknya zoo ini ialah kerana ia turut menyediakan pengalaman Night Safari. Ia merupakan yang pertama di Malaysia. Anak-anak dapat melihat haiwan yang aktif pada waktu malam dan mendengar bunyi haiwan-haiwan ini.

Tanpa gangguan cahaya dan bunyi selain bunyi haiwan, ini pasti suatu pengalaman bernilai buat anak-anak.

Harga Tiket: RM17 (dewasa), RM8.50 (Kanak-kanak),

Night Safari: RM21.20 (dewasa), RM10.60 (kanak-kanak)

Alamat: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak

Waktu Operasi: 8am-11pm setiap hari

Pilihan di atas kebanyakannya mendekatkan anak-anak dengan alam. Perak pula merupakan negeri yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Ini menjadikan ia tempat yang sesuai bagi membentuk dan mendidik anak-anak agar menghargai alam yang akan diwarisi mereka kelak.

Sebenarnya ada banyak tempat lagi untuk dikunjungi di Perak ni, tapi min rasa tempat ni sangat bagus untuk musim cuti sekolah. Penuhkan aktiviti cuti sekolah dengan anak-anak anda kay ! Selamat bercoti..

Facebook Comments