fbpx
+6010 510 9300 admin@mpr4u.my

Photo by LinkedIn Sales Navigator on Unsplash

Nak jadi ejen jualan yang berjaya? Sudah tentu boleh. Lihat sahaja betapa ramainya ejen yang sudahpun berjaya. Tetapi apakah formula yang diperlukan untuk kecapi kejayaan ini?

Selain kegigihan, kreativiti dan etika bekerja yang positif, terdapat beberapa lagi sales rules atau peraturan pemasaran yang diperlukan untuk menjadi ejen yang berjaya di dalam bisnes ini. Di sini kami senaraikan 6 daripadanya:


1. Bukan jual, sebaliknya didik


Photo by Thomas Drouault on Unsplash

Ini bukan lagi zaman untuk buat hard-selling, itu cara lama. Cara lama inilah yang telah memberi reputasi negatif terhadap ejen jualan di mana mereka dianggap pushy atau suka memaksa. Tanggapan ini membuatkan prospek tidak bersifat terbuka dengan ejen-ejen jualan. Dengar saja salesman terus letak telefon atau macam-macam alasan diberikan. Jadi tukarkan niat anda untuk mendidik dan memberikan nasihat dan maklumat dan bukan untuk menjual. Dengan cara ini, anda menyediakan value kepada prospek anda dan jika mereka membuat keputusan untuk membeli dari anda, mereka akan sedar bahawa mereka telah pun memilih ejen yang sedia membantu.

2. Bertanyakan soalan bukan sekadar memberi jawapan

Dalam keghairahan ejen menerangkan produk dan penyelesaian terhadap pemasalahan kepada prospek, adakalanya terlupa pula untuk mengenal keperluan prospek dengan lebih mendalam. Fahami dahulu apa yang membimbangkan prospek dan keperluan mereka, apa pula matlamat dan tujuan mereka. Ini akan membantu anda mengesyorkan produk yang paling sesuai dengan keperluan dan kedudukan prospek.

3. Pentingnya kepercayaan prospek

Fahami sesuatu: Tiada sesiapa yang akan membeli apa-apa pun daripada orang yang mereka tidak percayai. Anda tidak boleh mendapat kepercayaan prospek dengan menyuruh mereka berbuat demikian. Akan tetapi, anda boleh tunjukkan kepada mereka mengapa mereka boleh mempercayai anda. Cara terbaik ialah dengan membuktikan kejujuran anda dan bahawa anda seorang yang boleh diharapkan. Bagi prospek dan pelanggan anda, setiap kata-kata anda akan dianggap sebagai janji. Jadi berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata manis, kerana ia mungkin akan menggigit anda pula nanti!

4. Gunakan masa anda dengan bijak

Memang banyak tugas sebagai seorang ejen, perlu mencari prospek baru, aturkan appointment, present sales pitch, kejar bayaran dan melayan soalan-soalan pelanggan. Jadi jika jadual tidak diatur dengan bijak, banyak masa yang akan terbuang tanpa melakukan perkara yang produktif. Pastikan hari-hari anda dirancang dengan teliti. Jangan lewat ke appointment dan pastikan presentation anda tepat dan ringkas.


Photo by rawpixel on Unsplash

5. Ketahui bila anda perlu berhenti

Kegigihan dan sifat tidak putus asa memanglah sesuatu yang patut dibanggakan. Tetapi ada kalanya anda perlu terima kenyataan bahawa bukan semua prospek yang akan membeli dari anda. Jika anda sudah beri yang terbaik dan cuba sedaya-upaya tapi masih tidak dapat close sale, maka tinggalkan lah prospek tersebut, walaupun untuk beberapa ketika. Jangan luangkan terlalu banyak masa terhadap seorang prospek terutama jika mereka sudahpun tunjuk bahawa mereka tidak berminat.

6. Sedia menghadapi perubahan

Salah satu kesilapan terbesar yang boleh dilakukan seseorang ejen ialah tidak mengikut perkembangan masa dan trend. Ini adalah suatu people business, di mana ejen perlu berurusan dengan orang ramai. Adalah satu keperluan bagi ejen untuk memahami trend pengguna – cara pilihan mereka untuk dihubungi dan tabiat membeli mereka. Jika 10 tahun yang lalu, cold call melalui telefon satu cara yang penting untuk menghubungi prospek, tetapi hari ini berbeza. Panggilan cold call dianggap invasif oleh prospek dan mereka lebih sukakan dihubungi melalui Whatsapp. Cara pemasaran kepada generasi muda pula berbeza dengan cara tradisional. Fahami apakah ciri-ciri tabiat membeli generasi millenial agar anda tidak ketinggalan.

Facebook Comments

Pin It on Pinterest