+605 829 0222 admin@mpr4u.my

Jaminan

Kami di MPR sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti produk dalam memenuhi kehendak pasaran yang kompetitif.
Dalam masa yang sama, mutu perkhidmatan selepas jualan sentiasa diberi perhatian untuk mengekalkan momentum tambah nilai yang telah kami janjikan. Jaminan produk untuk percubaan selama 10 hari adalah salah satu caranya. Namun, terdapat beberapa terma yang perlu kami nyatakan di sini.

TERMA & SYARAT

  • Tempoh percubaan produk ialah 10 HARI SAHAJA  selepas tarikh pembelian dan resit dikeluarkan. Jaminan wang 100% dikembalikan jika tidak berpuashati terhadap produk kami. Jaminan wang 100% dikembalikan kepada pelanggan yang tidak berpuas hati terhadap produk kami. Namun begitu, produk mestilah dikembalikan dalam keadaan seperti berikut:
    1. Alat MPR dipulangkan dalam keadaan asal (tanpa patah, rosak, pecah atau sebagainya)
    2. Produk dipulangkan dalam keadaan pembungkusan asal (kotak dan plastik tidak terkoyak atau sebagainya)
  • Untuk pelanggan yang ingin memulangkan kembali produk kepada kami, produk perlu dikembalikan dalam tempoh 3 HARI SAHAJA selepas tamat tempoh 10  hari percubaan dari tarikh pembelian. Manakala wang anda akan dikembalikan/di bank in ke dalam akaun anda dalam tempoh 2 HARI selepas produk diterima (tertakluk kepada syarat no.2 di atas.)
  • Waranti produk sah selama 18 bulan selepas tempoh percubaan diberikan selama 10 hari seperti di atas.
  • Skop waranti merangkumi perkara berikut:
    1. LED tidak berfungsi dengan baik
    2. Faktor kegagalan pemasangan produk
  • Waranti SERTA MERTA akan TERBATAL dengan sendirinya sekiranya:
    1. Jika nombor siri yang dilekatkan pada alat MPR terpadam atau hilang.
    2. Jika sebarang terma di dalam kad waranti diubah atau diolah.
  • Permintaan/permohonan untuk pembaikan produk dalam tempoh waranti tidak akan dilayan sekiranya pelanggan gagal untuk mengemukakan kad waranti tersebut sebagai rujukan.

PERHATIAN

  • Jangan buka atau ubahsuai MPR untuk mengelakkan sebarang kerosakan dan waranti terbatal.
  • Jaminan produk selama 18bulan dengan penukaran 1-1
  • Produk ini hanya boleh digunapakai pada kenderaan yang berkuasa voltan 12V saja.
  • Jangan mencabut MPR atau mengalihkan produk daripada suis pencucuh semasa kenderaan dipandu.
  • Semasa memandu pastikan lampu LED pada MPR menyala dengan baik, Jika tidak periksa soket suis pencucuh samada ia terlonggar.
  • Kesan penjimatan petrol adalah berbeza-beza mengikut cara memandu, iklim, keadaan jalan raya dan jenis kenderaan masing-masing.

Hentikan

Pembaziran

Tambahkan

Penjimatan

Semuanya tidak mustahil dengan MPR. Satu-satunya gajet yang bukan sahaja memberikan penjimatan minyak, malah meningkatkan prestasi kenderaan anda.

Kekal berhubung di saluran media sosial kami

                              

Kekal berhubung di saluran media sosial kami

                     

Hubungi Kami

Lot 1643, Ground & 1st Floor, Jalan Tupai, Off, Jalan Ciku, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak

+605 829 0222

 

+605 807 1663 (Faks)

 

+6012 800 9311

 

mpr.kisb@gmail.com

 

Waktu Urusan Pejabat

Isnin - Jumaat     9.00 pagi - 6.00 petang

Sabtu (Minggu 2 & 4)     9.00 pagi - 5.00 petang

Dapatkan Info & Promosi Terkini Dari Kami

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan info yang menguntungkan anda.

Pin It on Pinterest

Share This