fbpx
+6010 510 9300 admin@mpr4u.my

Kalau sebut sahaja Foodpanda semua netizen mesti tahu dengan aplikasi pintar yang direka khas bagi penghantaran makanana ke depan pintu rumah anda.

Namun sebaliknya, indah khabar dari rupa bila baru-baru ini kes mogok terhadap pengurusan FoodPanda telah mencetuskan ketidakpuasan hati antara penghantar makanan dengan pihak atasan.

Uishhhhh apa dah jadi ???

Kes mogok ini terjadi disebabkan apabila pihak pengurusan Foodpanda telah mengadakan skim bayaran terbaru kepada yang tidak memberikan keuntungan kepada mereka. Cadangan tersebut dibantah oleh semua penghantar makanan dan mereka telah mogok dengan tindakan tersebut.

Rata-rata menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung tindakan Foodpanda memperkenalkan skim pembayaran baharu yang dianggap tidak adil.

Antara isu lain yang dibangkitkan adalah pihak Foodpanda didakwa tidak berbincang dengan penghantar makanan sebelum melaksanakan sistem baharu; wakil Foodpanda tidak mengendahkan kebajikan dan aduan; dan pendapatan berkurangan sehingga RM500 hingga RM600.

Dalam skim baharu yang berkuatkuasa Selasa bagi penghantar makanan di luar Lembah Klang, bayaran mengikut jam dimansuhkan tetapi pada masa sama bayaran setiap pesanan dinaikkan kepada antara RM4.50 hingga RM7.

Ia berbeza dengan sebelum ini apabila penghantar dibayar RM4 sejam, dan mendapat bayaran tambahan bagi setiap pesanan, manakala bayaran pesanan adalah di antara RM3 hingga RM5 berdasarkan prestasi penghantar.

Pada 30 Sept lalu, sejumlah penghantar Foodpanda di beberapa negeri melancarkan mogok.

Akibat daripada permasalahan ini, rakyat Malaysia juga turut terkesan dengan sikap pengurusan yang dilakukan.

Dengar citer ada yang dah boikot aplikasi Foodpanda ? Betul ke ?

Facebook Comments

Pin It on Pinterest