+605 829 0222 admin@mpr4u.my

MPR Fuelsaver

MPR Fuelsaver; gajet penjimatan minyak berteknologi tinggi, berupaya menstabilkan seluruh arus elektrik kenderaan. Ia direka berdasarkan kajian terhadap pengurusan aliran arus elektrik di dalam sesebuah kenderaan.

Sistem elektrikal kenderaan yang sedia ada kurang efisyen dalam pengurusan arus, di sinilah MPR Fuelsaver memainkan peranannya; menguruskan pengagihan arus elektrik terhadap komponen-komponen kenderaan dengan sempurna dan sekali gus membantu pembakaran minyak di dalam omboh enjin.

Teknologi pintar yang diselaraskan dalam MPR Fuelsaver mengawal arus elektrikal kenderaan supaya arus tersebut dapat dioptimumkan, seterusnya mengurangkan pembaziran dan menjadikan voltan kenderaan kekal stabil dan sempurna.

Hasil dari penstabilan arus yang optimum yang dijana oleh MPR Fuelsaver tersebut, kenderaan akan peroleh penjimatan minyak sehingga 50% dan tujahan kuasa enjin yang luar biasa hasil.

MPR Fuelsaver - Kepakaran kejuruteraan serta konsistensi R&D kami menghasilkan kemajuan teknologi yang unik.

Revolusi baru gajet MPR Fuelsaver – dihasilkan dengan begitu unik – keupayaan teknologi kejuruteraan kami meningkatkan penjimatan minyak kenderaan dari 15% sehingga 50%. Ianya menjangkaui batasan ruang fikiran. Dilengkapi dengan Turbo Booster 2.0* – ia lebih cekap. Sangat berkuasa sehingga 15x ganda serta berkebolehan mengimbangi prestasi luar jangka kenderaan. Semua hanya dengan satu gajet MPR Fuelsaver.

*turbo booster 2.0 hanya diselaraskan pada MPR Heavy Duty (HD07)

Mengurangkan sehingga 200% beban penyelenggaraan kenderaan anda

Komponen kenderaan mudah rosak apabila menerima arus berlebihan yang tidak terkawal. MPR Fuelsaver mengatasinya dengan baik – Ia meliputi seluruh aspek penggunaan sistem kenderaan anda – apabila sistem elektrikal kenderaan diseimbangkan dengan proses terbaik daripada penstabilan arus yang dihasilkan dari MPR Fuelsaver – maka setiap inci komponen elektrikal kenderaan anda lebih terjaga dan ia menghasilkan kitaran jangka hayat yang lebih panjang. Ia kecekapan teknologi mengagumkan.

Bertindak dengan duo-proses yang mampu memberi penjimatan sehingga 50% kepada kenderaan anda

Dengan MPR Fuelsaver, seluruh sistem elektrikal kenderaan anda bertindak lebih cekap dan ia mengurus system elektrikal kenderaan anda menerusi teknologi yang kami gelar MPR Fuelsave.  Ia bukan sahaja mengawal seluruh system elektrikal kenderaan anda. malah dalam masa yang sama ia juga memantapkan pembakaran bahan api kenderaan anda. Kini anda boleh menikmati perjalanan yang jauh dengan penjimatan minyak yang hebat.

Teknologi hebat MPR Fuelsaver dibangunkan selari dengan penggunaan komponen-komponen terbaik dan terpilih

Kesungguhan kami dalam menghasilkan gajet penjimatan minyak yang efisien dan terbaik untuk anda tidak terbatas. Melalui R&D yang konsisten tanpa henti, penggunaan komponen-komponen terbaik dari seluruh dunia – terhasil sebuah gajet yang mampu mengubah pengalaman serta menjentik emosi pemanduan anda. Satu kejutan besar bagi industri automotif masa kini.

MPR Fuelsaver

Keunikan Gajet Luarbiasa

Tiada lagi pertikaian apabila komponen dan anatomi gajet ini memang ditempa khas untuk memenuhi objektifnya

MPR Autoperformance

Produk Premium MPR Fuelsaver

Gajet penjimat minyak MPR dipacu oleh sistem tapisan arus elektrik mikro yang efisyen. Ia menghasilkan cetusan arus stabil dan memberikan penjimatan minyak yang hebat untuk kenderaan anda. Bagi meningkatkan prestasi gajet penjimat minyak ini, plat tembaga (copper) diguna supaya arus elektrik dapat disalurkan dengan baik bagi mengelakkan pembaziran arus.

MPR Fuelsaver Standard

MPR Standard sesuai digunakan untuk kenderaan biasa dan tidak sesuai untuk kenderaan yang menggunakan diesel. MPR dengan fungsi tersendiri yang memenuhi kehendak pengguna dan produk ini dicipta khusus dengan kemampuannya yang luar biasa dalam menstabilkan arus elektrik kenderaan dan memantapkan pembakaran bahan api, melancarkan pemanduan, mengurangkan tekanan terhadap enjin dan menambah kuasa pecutan bagi setiap kereta yang menggunakannya.

 MPR juga dibangunkan berdasarkan komponen-komponen terbaik dari Jepun yang telah dikaji dan sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan di dalam dan luar negara. MPR juga diperhebatkan dengan penggunaan komponen LED yang terbaik di pasaran, arus elektrik yang mengalir melalui LED ini memberikan sokongan yang sangat baik supaya ianya dapat memaksimumkan fungsi dan kelebihan mikrocipnya kepada setiap kenderaan yang menggunakan memaksimumkan fungsi dan kelebihan mikrocipnya kepada setiap kenderaan yang menggunakan MPR ini.

MPR Fuelsaver Extra 05

Pelbagai jenis kenderaan yang menggunakan minyak petrol sebagai bahan pembakar. Oleh itu, dengan kajian penyelidikan dan pembangunan yang telah kami jalankan selama ini, maka terhasilnya MPR EXTRA yang telah direka khas bagi kenderaan sedan yang mengimpikan penjimatan efektif pada kadar harga yang cukup berpatutan dengan nilai yang sangat berganda hebatnya.

MPR EXTRA menjimatkan kenderaan biasa sehingga 55%, mengurangkan asap daripada kenderaan, menambah kuasa pecutan, memudahkan pendakian, pemanduan lebih lancar, mengoptimumkan sistem brek, meningkatkan tork enjin, menambah baik sistem eletronik kenderaan, mengurangkan gegaran pada enjin dan menjadikan penghawa dingin lebih sejuk.

MPR Fuelsaver Heavy Duty 07

MPR Heavy Duty (HD) telah dicipta di atas permintaan yang tinggi dari pengusaha-pengusaha kenderaan berat seperti lori, bas, trak dan kenderaan perkhidmatan awam yang inginkan penjimatan bahan api bagi kenderaan mereka. MPR HD yang sesuai untuk digunakan pada kenderaan yang menggunakan minyak petrol/diesel yang dikhususkan kepada mereka yang mahukan keseronokan dalam pemanduan seperti memandu kenderaan sport dan terbukti MPR HD adalah jawapan terbaik serta ianya amat berbaloi digunakan dengan jangka hayat 8-10 tahun.

MPR HD mengurangkan asap tebal, menambah kuasa pecutan, memudahkan pendakian, pemanduan lebih lancar, mengoptimum sistem brek, meningkatkan tork enjin, menambah baik sistem eletronik kenderaan, mengurangkan gegaran pada enjin dan menjadikan penghawa dingin lebih sejuk.

Bagaimana Ia Berfungsi

Mengawal & Menstabilkan Arus Elektrik

”Sistem Elektrikal Kenderaan” – di sinilah tumpuan yang diberikan oleh gajet Max Power Revolution (MPR) iaitu sistem elektronik atau elektrikal. MPR merupakan satu gajet yang mengawal dan menstabilkan arus elektrik di dalam kenderaan dan MPR menjadikan kenderaan yang menggunakannya dapat dibekalkan arus elektrik dengan lebih stabil dan sempurna.

Ditambah pula dengan Teknologi I.S.S. yang baharu menjadikan pengurusan arus elektrik kenderaan lebih mantap dan efisyen.

Tools

Integrasi Teknologi MPR Fuelsaver

Sofistikasi produk MPR tidak disangkal lagi dengan adanya teknologi yang telah direka khas bersesuain dengan fungsinya.

Bagaimana ia berfungsi

Pembakaran Minyak Sempurna

Kebiasaannya system elektrikal kenderaan kita tidak cukup sempurna untuk menampung semua bekalan yang diperlukan oleh komponen-komponen eletronik kenderaan kita seperti, alternator, plug, lampu, radio, kabin, tv, ECU dan sebagainya. Jadi inilah yang dilakukan oleh gajet canggih MPR ini dan ia juga membantu pembakaran minyak di dalam omboh enjin dengan lebih efisyen lagi.

Hubungi Kami

+605 829 0222

Lot 1643, Tingkat 1, Jalan Ciku Off Jalan Tupai, 34000 Taiping

Isnin - Sabtu : 9am - 6pm

Mula Di Sini

Berbual dengan wakil kami di Facebook Messenger.