+605 829 0222 admin@mpr4u.my

MPR Lubricant

KILAUAN IMPIAN SDN BHD juga mengeluarkan produk dibawah jenama MPR Lubricant dan produk ini mengetengahkan produk penjagaan sistem mekanikal kenderaan atau sistem enjin.

Semua jenis minyak pelincir MPR telah diformulasikan oleh Metal Treatment Additive & Synthetic (MAS) yang melepasi piawaian American Petroleum Institute (API) SN / CI4. Hasil daripada tribology, MPR berjaya menghasilkan produk pelincir sifar geseran yang mana produk pelincir MPR ini mampu mengurangkan geseran sehingga 4-5 kali lebih baik berbanding minyak pelincir berjenama terkenal. Kebanyakan minyak pelincir yang ada dalam pasaran tidak mempunyai formulasi MAS termasuklah minyak pelincir dan jenama terkenal, manakala minyak pelincir yang mempunyai formulasi ini dijual pada harga yang lebih tinggi namun pelincir MPR dipasarkan dengan harga yang sangat berpatutan.

MPR Platinum 5W-40 Fully Synthetic

Di datangkan dengan bungkusan berwarna silver dengan kandungan sebanyak 4 liter. Dengan menggunakan MPR Platinum Fully Synthetic ini, pelbagai faedah akan dirasai oleh pengguna antaranya adalah dapat mengurangkan hakisan & geseran sehingga 4-5 kali, memaksimumkan prestasi dan kuasa enjin, mengurangkan pengoksidaan semasa enjin beroperasi, memastikan enjin lebih lancar, sejuk dan senyap, meningkat kuasa pecutan, menjimatkan minyak, memanjangkan jangka hayat enjin dan sesuai untuk semua jenis enjin.

Selain itu, anda boleh menjangkau perjalanan sehingga 15000 km perjalanan berbanding produk-produk sedia ada dipasaran yang boleh digunakan hanya 8000km-10000 km perjalanan sahaja. Pengguna akan merasai penjimatan sehingga 5000 km dengan menggunakan MPR Lubricant.

MPR Premiere 10W-40 Semi Synthetic

Di datangkan dengan bungkusan berwarna hitam dengan kandungan sebanyak 4 liter. Dengan MPR Premiere Semi Synthetic anda akan merasai faedah seperti mengurangkan hakisan dan geseran sebanyak 4 hingga 5 kali, serta mampu menahan geseran yang tinggi. Selain itu, minyak ini juga dapat memaksimumkan prestasi dan kuasa enjin serta mengurangakn pengoksidaan semasa enjin beroperasi. Memastikan enjin lebih lancar, sejuk dan senyap serta mengurangkan gegaran enjin.

Dengan menggunakan MPR lubricant premiere ini, pengguna boleh merasai perjalanan sehingga 12,000 km perjalanan berbanding produk luar hanya 5000-8000 km perjalanan sahaja. Sekaligus dapat menjimatkan kos penyelenggaraan kenderaan sehingga boleh menjangkau ratusan ringgit.

Hubungi Kami

+605 829 0222

Lot 1643, Tingkat 1, Jalan Ciku Off Jalan Tupai, 34000 Taiping

Isnin - Sabtu : 9am - 6pm

Mula Di Sini

Berbual dengan wakil kami di Facebook Messenger.