fbpx
+6010 510 9300 admin@mpr4u.my
Tahun sudah menginjak ke 2020, di mana revolusi teknologi yang semakin berkembang pesat di seluruh dunia dan kini makin sinonim dengan rakyat Malaysia. Masyarakat kini tidak perlu lagi membawa ‘cash’ kemana-mana.
 
Semua urusan perbelanjaan dan pembelian dilakukan melalui telefon pintar dengan penggunaan eWallet. Kini, hanya dengan menggunakan telefon pintar, semuanya pasti beres!
 

 
 
Apa kelebihan e-wallet yang sering digunakan?
 
Antara kelebihan penggunaan e-wallet adalah:
 
  • Mengurangkan jumlah wang yang perlu dibawa ke mana-mana
  • Tidak perlu beratur panjang untuk keluarkan wang di ATM
  • Transaksi wang menjadi lebih cepat dengan hanya beberapa klik sahaja
  • Boleh menyimpan rekod perbelanjaan, tidak perlu simpan setiap resit
  • Banyak peluang untuk mendapat pulangan wang dan diskaun
  • Mengurangkan risiko kehilangan wang tunai yang banyak pada satu masa
 
Sehingga kini, terdapat 16 e-wallet yang dikenalpasti penggunaanya secara menyeluruh di Malaysia. Adalah agak tidak praktikal untuk menggunakan kesemuanya kerana ia akan menyebabkan telefon pintar anda kehabisan ruang simpanan.
 
Jadi apa aplikasi e-wallet yang paling best dekat Malaysia? Calon-calonnya adalah….
 
1. GrabPay
 
Grabpay adalah sinonim dengan  syarikat pengangkutan e-hailing di mana para pengguna aplikasi ini yang menggunakan
boleh mengumpul point apabila menambah kredit pada e-wallet tersebut.  Point yang terkumpul seterusnya dapat ditukarkan kepada dengan perjalanan percuma, diskaun dan juga bnyak lagi lagi tawaran menarik dari GrabRewards!
 
GrapPay adalah tidak terhad pada pengunaan e-hailing sahaja. Anda juga boleh menggunakan aplikasi GrabPay untuk bayar makanan dan shopping di tempat yang menerima aplikasi ini.
 
 

 
2. Boost app
 
Aplikasi boost merupakan aplikasi di bawah sokongan Celcom Axiata. Boost dapat berkembang dengan pantas dan ini terbukti apabila terdapat banyak kedai menggunakkannya di seluruh Malaysia sekarang.
 
Aplikasi boost menarik kerana ia mempunyai banyak tawaran menarik seperti potongan diskaun, pengguna celcom boleh menggunakan aplikasi ini untuk membuat pembayaran kredit dan juga bnyak digunakan di gerai, bazar Ramadan dan juga pasar malam! Aplikasi ini juga boleh didapati di kedua-dua peranti Android dan IOS.
 

 
3. Touch & Go e-wallet
 
Aplikasi Touch n Go e-wallet merupakan antara aplikasi yang terawal diperkenalkan di Malaysia.
Touch n Go e-wallet boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti prepaid reload, pembelian tiket wayang, pembayaran bil, pembelian tiket kapal terbang dan yang paling menarik adalah pembayaran tol.
 
Buat masa sekarang, Touch n Go e-wallet boleh digunakan di lebuhraya DUKE, LKSA dan SMART sahaja. Pengguna
Touch n Go e-wallet tidak perlu menambah nilai ke kad Touch n Go di kaunter terhad selepas ini apabila
Touch n Go e-wallet boleh digunakan di seluruh Semenanjung Malaysia.
 
RFID Touch ‘n Go merupakan pilihan mod pembayaran terkini yang menggunakan pelekat khas bercip RFID yang ditampal pada kenderaan yang dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet bagi memudahkan pengguna untuk menambah nilai tol secara dalam talian tanpa perlu ke pusat tambah nilai.
 
Ini adalah satu kejayaan yang besar kerana dapat memudahkan lagi para pengguna TNG di seluruh Malaysia.
 

 
 
4.RazerPay
 
RazerPay merupakan sebuah syarikat yang terkenal dengan peralatan komputer bercirikan gaming  Kini ia memperkenalkan RazerPay yang
banyak digunakan di Malaysia.
 
 Razer Pay boleh digunakan kat 10,000 lokasi terutamanya kat dalam industri makanan dan minuman serta industri hiburan. Pengguna Razer Pay boleh membuat bayaran dengan menggunakan QR Code, membeli top up untuk Telco dan juga membeli sebarang gaming-oriented currencies termasuk zGold.
 
Lebih 6000 retail dan juga F&B outlet seperti 7-Eleven, Starbucks, 99 Speedmart dan banyak lagi yang menggunakan servis Razer Pay. Razerpay dikatakan telah membuat kolaborasi dengan U Mobile untuk meluaskan lagi rangkaian servis e-wallet mereka.
 
 

 
 
5. Maybank Pay
 
Maybank Pay ialah e-wallet Malaysia yang digabungkan bersama aplikasi Maybank2u dan menjadi viral baru-baru ini apabila ramai mula bermain MAE. Maybank Pay merupakan satu aplikasi e-wallet yang memberi ganjaran wang kepada pengguna yang bermain game di dalam aplikasi ini.
 
Terdapat banyak kelebihan menggunakan Maybank Pay antaranya ialah pengguna boleh membeli tiket penerbangan dan juga tiket wayang dengan hanya beberapa klik sahaja!
 
Selain itu, selepas anda mendaftar sebagai pengguna aplikasi Maybank Pay, anda boleh melakukan transaksi penambahan wang ke dalam akaun MAE, pembelian, pindahan wang dan sebagainya. Yang paling best anda boleh terus asingkan duit untuk kegunaan harian, bayar pinjaman dan pelbagai lagi komitmen bulanan selepas dapat gaji!
 

 
 
Kesimpulannya, penggunaan e-wallet ini banyak manfaatnya dan perlu lagi diperluaskan penggunaanya dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira apapun peringkat umur.
 
Walaupun penggunaan e-wallet ini semakin diterima baik di semua francais dan juga syarikat-syarikat di Malaysia, kesedaran penggunaan e-wallet dalam kalangan pengguna juga adalah amat penting bagi memastikan objektif penggunaan aplikasi ini tercapai seiring dengan misi
Malaysia negara maju 2020“.
Facebook Comments