SOALAN LAZIM
Soalan yang kebiasaannya menjadi pertanyaan tentang Max Power Revolution (MPR)
Apakah Max Power Revolution atau MPR?
Max Power Revolution (MPR) adalah alat penstabil voltan berfungsi untuk meningkatkan prestasi kenderaan anda dan memberi penjimatan minyak sehingga 50%.
Bagaimanakah Cara Untuk Menggunakan Gajet Penjimatan Minyak MPR?
Hanya 3 langkah mudah yang perlu diikut
- Matikan enjin kenderaan anda
- Pasangkan MPR ke soket pencucuh rokok kenderaan anda
- Hidupkan enjin kenderaan dan mula pemanduan untuk merasai kehebatannya
Setelah MPR dipasangkan, apa yang akan berlaku?
Lampu LED pada MPR akan menyala. Ia menandakan MPR anda berfungsi dengan baik. Jika lampu LED tidak menyala, sila periksa soket pencucuh rokok kereta anda samada ia berfungsi atau tidak. Jika ianya dalam keadaan baik dan lampu LED MPR masih tidak menyala, sila hubungi wakil pengedar kami.
Masa yang diambil untuk MPR berfungsi?
MPR Fuelsaver ini berfungsi sebaik sahaja ia dipasang dan menyala. Pada permulaan pemanduan, anda akan merasai beberapa perbezaan seperti kelancaran pergerakan, pick-up permulaan yang berbeza, penukaran gear lebih lembut dan penghawa dingin kereta semakin sejuk berbanding dengan sebelumnya. Ini adalah tanda yang menunjukkan MPR itu berfungsi dengan baik. Beberapa kebaikan lain anda akan dapat rasai selepas itu.
Adakah MPR selamat digunakan pada kereta saya?
MPR adalah peranti ‘Plug & Play’ yang memperolehi kuasanya dari bateri kenderaan anda. Tidak seperti peralatan elektrik rumah yang lain yang menggunakan arus ulang-alik dan berkemungkinan membebaskan gelombang gangguan. MPR juga telah diuji dan diluluskan oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL dan Universiti Malaya.
Mengapa bateri kereta perlu distabilkan menggunakan MPR dan bagaimanakah ianya berfungsi?
Adakah MPR akan melemahkan kuasa bateri?
Sememangnya TIDAK. Selain sebagai penstabil voltan, MPR juga berfungsi seperti bateri mini kereta. Ia akan menyimpan sisa tenaga daripada bateri bila dalam keadaan mengecas dan mengurangkan beban semasa bateri seterusnya memanjangkan jangka hayat bateri.
Bolehkah saya cabut MPR dan memasangkannya pada kereta lain dan adakah ia akan menjejaskan MPR?
BOLEH jika anda ingin berbuat demikian tetapi kami mencadangkan 1 MPR untuk 1 kereta sahaja. Mencabut MPR terutamanya, perlu dilakukan dengan berhati-hati. Kekerapan mencabut dan memasang MPR pada kereta lain mungkin akan menyebabkan soket pencucuh rokok mudah longgar/terlerai lalu menjejaskan sambungan daripada bateri ke MPR. Ianya juga boleh memendekkan jangka hayat MPR tersebut
Apakah yang membezakan MPR dengan produk penjimatan minyak yang lain?
Fungsi serta cara MPR beroperasi sangat berbeza dengan produk yang lain. Kebanyakkan alat penjimatan minyak yang lain berasaskan cecair atau menggunakan wayar yang panjang. MPR menawarkan teknologi terkini, canggih bertaraf dunia dan sesuai dengan semua jenis kenderaan yang menggunakan bateri 12V. MPR juga membantu memanjangkan tempoh penggunaan alternator, plug dan juga bateri.
Berapa peratus penjimatan minyak yang diperolehi jika menggunakan MPR?
- Keadaan jalan raya
- Enjin dan model kereta
- Penyelenggaraan Kereta (Termasuk tayar)
- Sikap pemanduan
Peratusan penjimatan yang dapat adakah sama setiap kali/hari dengan MPR?
Pemandu mesti memahami walaupun MP-R direka untuk menjimatkan penggunaan minyak kenderaan anda, peratusan penjimatan minyak adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang disebutkan diatas. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa pemandu tidak akan mendapat peratusan yang sama atau tetap dalam penjimatan minyak kerana setiap hari kita memandu pada keadaan jalan yang berbeza, permukaan jalan yang berbeza, aliran trafik yang berbeza, perbezan muatan, keadaan cuaca, kekerapan memandu dan beberapa faktor yang berkaitan.
Bagaimana untuk mengetahui/menguji keberkesanan penjimatan minyak daripada MPR?
Berapa lama MPR boleh berfungsi pada kenderaan?
Masih lagi mempunyai pertanyaan tentang MPR? Jangan risau, luangkan masa untuk menghubungi MPR dan kami sedia membantu
Hubungi Kami
Lot 1643, Ground & 1st Floor, Jalan Tupai, Off, Jalan Ciku, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak

+605 829 0222

+605 807 1663 (Faks)

+6012 800 9311

mpr.kisb@gmail.com
Waktu Urusan Pejabat
Isnin – Jumaat 9.00 pagi – 6.00 petang
Sabtu (Minggu 2 & 4) 9.00 pagi – 5.00 petang
Pautan Laman
Dapatkan Info & Promosi Terkini Dari Kami
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan info yang menguntungkan anda.
