+605 829 0222 admin@mpr4u.my

Terma & Syarat

Pertandingan

 

1. Semua ejen, stokis & master stokis layak menyertai setiap pertandingan yang diadakan kecuali ahli keluarga serta saudara-mara peserta cabaran ini tidak dibenarkan mengambil bahagian, terlibat secara langsung atau pun tidak di dalam pertandingan dan cabaran yang pihak syarikat jalankan. 

2. Ejen, stokis & master stokis yang menyertai pertandingan ini wajib didaftarkan dan wajib mempunyai nombor ID pengedar sekurang-kurangnya 2 (dua) hari sebelum tarikh tutup penyertaan. Pendaftaran ejen yang dibuat selepas itu tidak layak untuk menyertai pertandingan yang dijalankan.
3. Sepanjang proses pertandingan, Master Stokis atau Stokis diwajibkan mengemaskini data pembelian ejen pada setiap hari (24 jam dari masa pembelian atau pembayaran dibuat) dan Master Stokis atau Stokis juga perlu menyerahkan kesemua data jualan pada pihak KISB melalui nombor telefon khidmat pelanggan MPR 010-510 9300 atau 010-510 9311. 
Contoh: Master Stokis dan Stokis wajib ‘update’ di dalam ‘group whatsapp’, sekiranya ada 3 group, anda perlu post pada kesemua group tersebut:
  • Gambar bersama ejen jika pembelian stok secara COD (tetapkan masa waktu bergambar di handphone)
  • Gambar resit pembelian/transaksi pembelian
  • Gambar produk yang diserahkan kepada ejen
4. Kesemua bukti di atas juga perlu di kemaskini di dalam group pada hari yang sama dalam tempoh 24 jam dari masa pembelian atau pembayaran dibuat. Data transaksi pembelian yang dijalankan perlu dihantar pada talian khidmat pelanggan MPR melalui nombor telefon atau emel atau whatsapp. dengan tajuk Challenge yang telah ditetapkan. (Contoh : Pertandingan Akhir Tahun) ke emel salesmarketing@mpr4u.my atau whatsapp ke nombor telefon 010-510 9311 atau 010-510 9300
5. Kelewatan pembelian akan menyebabkan penyertaan digugurkan serta merta.
6. Pembelian ejen mestilah pembelian yang SAH dan wajib disertakan dengan bukti. Seperti:
  • Resit jualan yang dicop beserta dengan resit transaksi bank (jelaskan tarikh dan jumlah) yang digunakan semasa urusan jual beli.
  • Bayaran tunai tidak dibenarkan sama sekali
  • Gambar penyerahan stok sekiranya pembelian dijalankan secara COD selepas urusan pindah milik produk selesai.
  • Gambar stok dan resit penghantaran sekiranya penghantaran secara pos
NOTA:
  • Master Stokis wajib mengemaskini stok terkini dalam simpanan Master Stokis dan sertakan sekali bukti nombor siri setiap produk yang telah dijual oleh Master Stokis kepada Stokis atau Ejen beserta tarikh jualan yang lengkap dengan Nama Pengedar, Nombor Telefon Pengedar, ID Pengedar di resit melalui nombor telefon 010-510 9300 atau 010-510 9311 dua (2) hari sebelum tarikh tutup pertandingan.
  • Semua pengedar MPR perlu mengikuti terma dan syarat yang telah ditetapkan seperti di atas. Adalah penting untuk menjalankan sebarang urusan jualbeli dengan berhemah dan beretika berlandaskan prinsip-prinsip utama KISB. Sebarang keingkaran atau perlanggaran terhadap terma dan syarat yang telah ditetapkan akan menyebabkan penyertaan anda terbatal serta merta.
  • Sekiranya terdapat keraguan atau proses transaksi jual beli yang tidak sah atau penggunaan resit yang tidak sah (dummy) atau penipuan urusniaga yang bertujuan untuk memenangi pertandingan secara tidak berhemah dan tidak sah, pihak KISB berhak untuk membatalkan penyertaan dan juga menarik semula hadiah kemenangan yang ditawarkan.
  • Pihak KISB berhak mengambil tindakan dengan budi bicara undang-undang sekiranya pihak KISB menganggap sesebuah kemenangan itu tidak telus dan dijalankan dengan cara yang tidak berhemah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam klaus-klaus terma & syarat ini.
  • Sekiranya KISB mendapati kemenangan dipalsukan atau tidak sah, pihak KISB berhak menuntut gantirugi yang setara dengan nilai sama ada melalui wang ringgit atau penggantian setara sebagaimana yang telah ditetapkan termasuk setiap kos-kos promosi pertandingan, pengiklanan dan pengurusan sepanjang tempoh pertandingan dijalankan atau kos-kos berkaitan undang-undang yang bakal atau telah diambil.
  • Keputusan Pihak KISB dalam semua perkara berkaitan tawaran ini adalah muktamad dan pihak KISB berhak untuk menukar terma serta syarat tanpa sebarang notis.
  • Kegagalan memenuhi tuntutan pertandingan sebagaimana terma & syarat ini menyebabkan penyertaan terbatal dan pihak KISB berhak memberi kemenangan kepada mana-mana yang peserta yang dianggap layak untuk mendapat ganjaran atau hadiah yang ditawarkan. 
  • Kerjasama anda amat dihargai. Kami mendoakan kejayaan anda dalam menyahut cabaran ‘New Year Challenge’ ini agar anda  semua sentiasa maju jaya dalam perniagaan MPR
* Pihak KISB berhak untuk menukar atau meminda sebarang terma dan syarat tanpa sebarang notis pada bila-bila masa jika pihak KISB menganggap ada keperluan dan bersesuaian dengan keadaan semasa.

Hubungi Kami

Lot 1643, Ground & 1st Floor, Jalan Tupai, Off, Jalan Ciku, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak

+605 829 0222

 

mpr.kisb@gmail.com

 

Langganan Info & Promosi

Dapatkan info serta promosi terkini dari kami.