+605 829 0222 admin@mpr4u.my

Terma & Syarat Wakil Pengedar
MPR Autoperformance

  1. Objektif
  2. Tanggungjawab Rakan Niaga
  3. Kelayakan
  4. Syarat Penyertaan Sebagai Rakan Niaga
  5. Tempoh Perlantikan Sebagai Rakan Niaga
  6. Perjalanan Perniagaan
  7. Tempahan Dan Bayaran
  8. Latihan Dan Kursus
  9. Sekatan Pembahagian Hak Atas Rakan Niaga
  10. Pembatalan/Penamatan
  11. Pindaan
  12. Perlindungan Data
  13. Umum

1. Objektif

  1. Untuk menjelaskan hak, tanggungjawab dan tugas sebenar Mini Ejen, Ejen, Stokis & Master Stokis (Wakil Pengedar) MPR
  2. Untuk memperjelaskan hubungan sedia ada di kalangan Wakil Pengedar di bawah syarikat untuk pembangunan perniagaan.
  3. Untuk memberi jaminan kepada Wakil Pengedar tentang keuntungan yang mereka layak di bawah skim jualan syarikat.
  4. Untuk memupuk etika perniagaan berlandaskan 7 nilai yang diterapkan oleh Kilauan Impian Sdn. Bhd. (KISB) di kalangan para Wakil Pengedar.


2. Tanggungjawab Wakil Pengedar

Wakil Pengedar syarikat perlu mematuhi peraturan-peraturan seperti di bawah:

  1. Saya akan mematuhi dan menyokong seluruh peraturan yang ditetapkan oleh syarikat.
  2. Saya akan menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
  3. Saya akan mempertahankan reputasi syarikat untuk mendapatkan kepercayaan yang paling tinggi dari pelanggan dan Wakil Pengedar.
  4. Saya akan menjalankan tugas saya sebagai Wakil Pengedar mengikut peraturan yang ditetapkan.
  5. Saya akan bersetuju dengan segala penambahan atau penghapusan di dalam kandungan Peraturan Wakil Pengedar untuk memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar.
  6. Saya akan menyerahkan kepada budi bicara syarikat atau budi bicara kerajaan jika didapati melanggar peraturan-peraturan Syarikat.

3. Kelayakan

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan peraturan dan polisi yang ditentukan oleh Syarikat Kilauan Impian Sdn. Bhd. (KISB) dari semasa ke semasa.

  1. Mana-mana orang yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira jantina, bangsa, kepercayaan politik atau agama boleh memohon untuk mendaftar sebagai Wakil Pengedar KISB.
  2. Syarikat mempunyai hak untuk menolak sebarang permohonan untuk pendaftaran sebagai Wakil Pengedar syarikat tanpa memberikan sebarang alasan.
  3. Syarikat juga mempunyai hak untuk membatalkan status Wakil Pengedar jika didapati maklumat yang diberikan adalah palsu dan mengelirukan.
  4. Sebuah syarikat atau syarikat perkongsian juga boleh digunakan untuk didaftarkan sebagai Wakil Pengedar.
  5. Seseorang yang telah berhenti menjadi Wakil Pengedar syarikat boleh pada bila-bila masa memohon untuk menyertai semula sebagai Wakil Pengedar tertakluk pada budi bicara KISB.


4. Syarat Penyertaan Sebagai Wakil Pengedar:

  1. Pemohon perlu mengemukakan permohonan mereka menggunakan borang yang disediakan oleh KISB.
  2. Jika mana-mana maklumat yang dinyatakan dalam borang yang ditetapkan adalah palsu atau mengelirukan atau tidak betul, syarikat berhak untuk:
    1. Menamatkan status Wakil Pengedar atau
    2. Menggantung Wakil Pengedar untuk tempoh masa tertentu atau
    3. Mengambil apa-apa tindakan yang dianggap sesuai atau wajar oleh KISB.
  3. Pemohon yang berjaya dilantik dan didaftarkan sebagai Wakil Pengedar KISB akan diberikan sijil dan ID pengedar beserta profil syarikat dan maklumat produk.
  4. Seorang Wakil Pengedar tidak boleh mendapatkan atau mendorong mana-mana orang untuk menjadi Wakil Pengedar syarikat:
    1. Dengan kekerasan, ancaman atau paksaan atau;
    2. Dengan membuat atau menyediakan maklumat palsu atau mengelirukan atau menjanjikan pulangan yang keterlaluan sebagai Wakil Pengedar syarikat atau;
    3. Dengan menyediakan atau menjanjikan untuk memberi wang hadiah atau bentuk dorongan atau insentif lain yang tidak dijanjikan oleh syarikat atau;
    4. Secara palsu menggunakan nama atau logo atau tanda dagangan syarikat untuk mendorong atau menarik orang untuk menjadi seorang Wakil Pengedar atau;
    5. Wakil Pengedar mesti mengekalkan hubungan yang baik dan profesional dengan pelanggan.
  5. Seorang Master Stokis atau Stokis  tidak boleh menaja atau melantik Wakil Pengedar di bawahnya yang terdiri dari kalangan keluarga terdekat seperti pasangan suami isteri, adik beradik, bapa atau ibu dengan anak-anaknya.

5. Tempoh Perlantikan Sebagai Wakil Pengedar

  1. Pelantikan seseorang sebagai Wakil Pengedar adalah serta merta setelah pembelian stok produk pertama dibuat.
  2. Pembaharuan Wakil Pengedar adalah secara automatik sekiranya belian ulangan berlaku dalam tempoh 3 bulan, dan status Wakil Pengedar akan ditamatkan jika didapati tiada sebarang belian dibuat dalam tempoh 12 bulan.
    1. Tiada pembelian ulangan dalam tempoh 3 bulan – Notis peringatan pertama akan diberi kepada Wakil Pengedar
    2. Tiada pembelian ulangan untuk 3 bulan yang berikutnya – Nama Wakil Pengedar akan disingkirkan dari paparan lamanweb rasmi MPR
    3. Tiada pembelian ulangan dalam tempoh 3 bulan berikutnya – Notis peringatan kedua akan diberi kepada Wakil Pengedar
    4. Tiada pembelian ulangan dalam tempoh 3 bulan berikutnya – Status sebagai Wakil Pengedar akan digugurkan.

      3.   Syarikat berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menolak permohonan dan pembaharuan Wakil Pengedar untuk apa-apa sebab, dan berhak untuk mengambil kira kelakuan Wakil Pengedar dalam memutuskan sama ada untuk teruskan atau tidak untuk memperbaharui status perlantikannya atau memberi tempoh yang dianggap sesuai dengan Wakil Pengedar untuk memperbaharui perlantikannya.

  1. Wakil Pengedar yang telah ditamatkan perlantikannya tidak boleh berurus niaga atau berurusan dengan mana-mana produk syarikat.


6. Perjalanan Perniagaan

  1. Semua Wakil Pengedar yang berdaftar dengan sah akan diberikan ID Pengedar dan Sijil Lantikan.
  2. Seorang Wakil Pengedar mesti mengeluarkan resit kepada pembeli untuk semua produk yang dibeli dan mesti dinyatakan dengan jelas dalam resit tersebut mengenai produk, kuantiti, harga, nama Wakil Pengedar, nombor ID Pengedar dan mesti ditandatangani dan dicop oleh Wakil Pengedar.
  3. Seorang Wakil Pengedar mesti mematuhi peraturan dan Kod Etika yang dikeluarkan oleh KISB ketika menjalankan urusniaga.
  4. Wakil Pengedar hendaklah mengemukakan maklumat produk kepada pelanggan dengan cara yang jujur dan tidak boleh membuat apa-apa penerangan palsu atau mengelirukan atau mengenakan apa-apa kekerasan untuk menjual produk syarikat.
  5. Seorang Wakil Pengedar mesti menunjukkan dan menjelaskan dengan jelas kepada pembeli tentang penggunaan dan kesan yang betul berkenaan produk syarikat yang dijual dan tidak boleh membuat apa-apa akuan yang salah atau mengelirukan berkenaan dengan produk syarikat. Sekiranya Wakil Pengedar tersebut membuat apa-apa akuan yang salah atau mengelirukan berkenaan dengan produk syarikat, Wakil Pengedar perlu bertanggungjawab untuk menanggung rugi.
  6. Wakil Pengedar adalah pengusaha bebas dan tidak boleh menuntut dirinya sebagai Wakil Pengedar tunggal atau mendakwa dirinya sebagai pemegang saham KISB. 
  7. Sehubungan itu Wakil Pengedar mesti mendaftarkan perniagaannya (SSM) dengan pihak berkuasa yang berkaitan. Wakil Pengedar hendaklah bertanggungjawab untuk mengemukakan penyata akaunnya kepada pihak KISB. (hanya untuk Stokis & Master Stokis sahaja)
  8. Wakil Pengedar hendaklah memaklumkan kepada syarikat jika ingin menjual, membuat paparan atau mempromosikan mana-mana produk syarikat di kedai, pasar, pasar mini, pasar raya atau kelab-kelab kedai jabatan (swasta atau sebaliknya) dan pengedar juga perlu memaklumkan kepada syarikat jika ingin mengiklankan produk syarikat di akhbar, majalah, Internet atau penerbitan lain atau media elektronik atau lain-lain.
  9. Seorang Wakil Pengedar tidak boleh menjual atau mengedarkan mana-mana produk syarikat pada sebarang harga atau terma selain dari yang ditetapkan dan dipersetujui oleh syarikat dan tidak boleh memberikan insentif, diskaun, hadiah atau gimik promosi lain selain yang diluluskan oleh syarikat. Wakil Pengedar mestilah mematuhi sepenuhnya dengan harga jualan yang ditetapkan oleh syarikat.
  10. Seorang Wakil Pengedar:
    1. Perlu mengambil stok mengikut harga dan syarat minima yang telah ditetapkan.
    2. Perlu mengikut harga jualan semasa yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.
    3. Paparan harga yang meragukan pada mana-mana medium jualan akan diambil tindakan.
      1. Teguran untuk mengubah harga mengikut ketetapan yang telah dibuat oleh pihak syarikat dalam tempoh 3 hari.
      2.  Sekiranya tiada tindakan oleh Wakil Pengedar; Surat amaran akan dikeluarkan
      3. Sekiranya tiada tindakan seterusnya oleh Wakil Pengedar; Status Wakil Pengedar akan digugurkan dengan notis secara bertulis.
    4. Tidak boleh menggunakan atau menjalankan sebarang aktiviti dalam mana-mana seminar, mesyuarat, program pejabat, pusat pengedaran, pusat perkhidmatan untuk mempromosikan atau menjual produk sendiri atau produk syarikat atau orang lain;
    5. Seorang Wakil Pengedar tidak boleh menyebarkan kata-kata atau menerbitkan apa-apa pembohongan mengenai syarikat atau produk syarikat atau menyiarkan apa-apa kenyataan atau pernyataan yang akan mungkin menjejaskan imej kepentingan atau reputasi syarikat atau jualan produknya.
  11. Wakil Pengedar perlu cakna terhadap sebarang promosi atau info-info semasa yang dikeluarkan olrh pihak syarikat.
  12. Syarikat berhak menukarkan produk dengan produk pada nilai yang sama atas budi bicara mutlak syarikat untuk menerima atau menolak sebarang tuntutan pada sebarang permasalahan teknikal produk (masalah teknikal ketika penghantaran, kerosakan ketika proses penghantaran)


7. Tempahan Dan Bayaran

  1. Seorang Wakil Pengedar boleh memesan dan membeli barangan dari Ibu Pejabat (HQ) dan perlu memastikan bahawa butir-butir dalam Bil Tunai adalah betul.
  2. Bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau kad kredit/debit/cek/pembayaran yang diluluskan sahaja.
  3. Wakil Pengedar hendaklah dengan segera memaklumkan dan menyertakan bukti kepada syarikat secara bertulis/bergambar jika terdapat sebarang cek atau baucar tunai atau lain-lain bentuk pembayaran yang dibuat kepada syarikat.

8. Latihan Dan Kursus

  1. Seorang Wakil Pengedar digalakkan menyertai atau menghadiri kursus dan latihan yang dianjurkan atau dijalankan oleh syarikat untuk memantapkan lagi jualan dan pengurusan perniagaan pengedar itu sendiri. Kursus berkenaan dengan budi bicara syarikat mungkin dikendalikan secara percuma atau tertakluk kepada bayaran yuran / caj.
  2. Wakil Pengedar digalakkan untuk sentiasa melayari lamanweb syarikat untuk mengemas kini pengetahuannya mengenai maklumat produk dan syarikat dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan syarikat.

9. Sekatan Pembahagian Hak Atas Wakil Pengedar

  1. Pelantikan seorang Wakil Pengedar adalah bersifat peribadi dan tidak boleh dipindah milik sewenangnya tanpa memaklumkan kepada syarikat terlebih dahulu.
  2. Apa-apa permintaan oleh Wakil Pengedar untuk memindahkan status Wakil Pengedarnya kepada pihak lain mesti disertakan sebab-sebab yang jelas dan lengkap.
  3. Syarikat hanya akan membenarkan Wakil Pengedar untuk memindahkan status Wakil Pengedarnya kepada pihak lain dengan syarat:
    1. Syarikat boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
    2. Wakil Pengedar tidak mempunyai tuntutan dan tindakan apapun terhadap syarikat berkenaan dengan mana-mana perkara yang berkaitan atau menyentuh mengenai pengedarannya dan apa-apa kepentingan atau manfaat yang berhak diperoleh daripadanya.
    3. Pemindahan hak Wakil Pengedar hanya sah kepada pasangan atau waris sahaja.
  4. Jika Wakil Pengedar menjadi gila atau mati atau menjadi tidak berupaya disebabkan penyakit, kemalangan atau sebaliknya:
    1. Kepentingan dan faedah pengedaran akan dipindahkan kepada pasangan dengan syarat semua dokumentasi yang diperlukan diselesaikan dan dilengkapkan mengikut kepuasan syarikat.
    2. jika Wakil Pengedar tidak mempunyai pewaris, dan tiada tuntutan dibuat dari wakil pihak kepada Wakil Pengedar dalam tempoh 90 hari, syarikat berhak untuk menamatkan status Wakil Pengedar dan segala hak dan faedah Wakil Pengedar akan terbatal dengan sendirinya.

10. Pembatalan/Penamatan

  1. Syarikat boleh menamatkan pelantikan seorang Wakil Pengedar pada bila – bila masa dengan memberikan notis selama 7 hari jika:
    1. Wakil Pengedar melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat
    2. Kelakuan dan tindakan Wakil Pengedar boleh menjejaskan kepentingan, imej atau reputasi Syarikat
    3. Wakil Pengedar terlibat atau melakukan kesalahan jenayah
    4. Pada pendapat syarikat, Wakil Pengedar bukan orang yang sesuai dan wajar untuk menjadi Wakil Pengedar syarikat
    5. Mana-mana pernyataan atau perisytiharan dalam borang permohonan Wakil Pengedar kepada syarikat mengandungi apa-apa maklumat palsu atau mengelirukan atau tidak tepat
    6. Syarikat menerima apa-apa aduan terhadap Wakil Pengedar yang pada pendapat pihak syarikat menamatkan status Wakil Pengedar adalah jalan yang terbaik bagi menjaga reputasi syarikat
  2. Wakil Pengedar yang digantung status Wakil Pengedarnya disebabkan perkara-perkara di atas tidak berhak mendapat atau menuntut apa-apa manfaat, komisyen atau wang semasa dalam tempoh penggantungan
  3. Seorang Wakil Pengedar boleh pada bila-bila masa dan tanpa memberikan apa-apa sebab menamatkan status Wakil Pengedarnya dengan syarikat melalui notis bertulis
  4. Apabila perlantikan seseorang Wakil Pengedar telah tamat atau ditamatkan, rangkain Wakil Pengedar di bawahnya secara automatik akan dipindahkan dibawah pengawasan syarikat
  5. Apabila Wakil Pengedar telah menamatkan atau membatalkan atau ditamatkan atau dibatalkan status Wakil Pengedarnya, Wakil Pengedar tidak lagi boleh menjalankan jualan atau perniagaan yang berkaitan dengan produk syarikat.
  6. Syarikat berhak menamatkan status Wakil Pengedar jika didapati tiada sebarang belian ulangan dalam tempoh 12 bulan.

11. Pindaan

  1. Syarikat berhak pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa meminda, mengubah, menambah, memadam atau menggantikan semua atau mana-mana bahagian yang terdapat dalam Peraturan Wakil Pengedar yang dirasakan perlu.
  2. Syarikat hendaklah menyimpan satu atau lebih salinan Peraturan Wakil Pengedar yang rasmi dan asli untuk mengelakkan sebarang pertikaian apabila berlaku pindaan, perubahan, penambahan atau pengurangan kandungan Peraturan Wakil Pengedar.
  3. Seorang Wakil Pengedar hendaklah dianggap mempunyai pengetahuan tentang semua Peraturan Wakil Pengedar syarikat yang dinyatakan dalam salinan rasmi tersebut dan syarikat perlu memaklumkan dan memberitahu sebarang pindaan yang dilakukan kepada pengedar dalam tempoh selewatnya 7 hari.
  4. Sekiranya Wakil Pengedar tidak bersetuju atau tidak menerima pindaan yang dilakukan oleh syarikat, Wakil Pengedar boleh mengundurkan diri sebagai Wakil Pengedar syarikat dan sekiranya Wakil Pengedar gagal meletak jawatan sebagai Wakil Pengedar syarikat, ia akan disifatkan bahawa Wakil Pengedar telah bersetuju dan menerima pindaan yang dibuat.
  5. Dengan ini Wakil Pengedar tidak boleh menuduh syarikat menipu atau mengikat Wakil Pengedar atau membuat apa-apa tuduhan kepada syarikat setelah pindaan dipersetujui.

12. Perlindungan Data

  1. Seorang Wakil Pengedar yang sah disifatkan telah memberikan persetujuannya terhadap pengumpulan dan pemprosesan penggunaan pengumpulan data peribadinya.
  2. Pemprosesan data peribadi Wakil Pengedar adalah perlu bagi maksud, antara lain, promosi dan pangkat dan oleh itu wajib untuk Wakil Pengedar untuk membenarkan pemprosesan data peribadinya oleh Syarikat.
  3. Wakil Pengedar mempunyai pilihan tidak memberikan persetujuannya terhadap pemprosesan data peribadinya oleh Syarikat dan ia dianggap bahawa Wakil Pengedar telah menamatkan status perlantikannya dengan Syarikat pada waktu Wakil Pengedar menarik diri atau enggan memberikan persetujuannya untuk pemprosesan data peribadinya.
  4. Syarikat tidak mengumpulkan data peribadi kecuali Wakil Pengedar atau pemohon telah memberikan persetujuan kepada Syarikat memproses data peribadinya. Dalam hal ini dengan menyerahkan data peribadinya kepada Syarikat sama ada dalam bentuk permohonan atau melalui pendaftaran dalam talian atau pemberitahuan lain.
  5. Syarikat hanya akan memproses data peribadi pemohon sekiranya pemprosesan tersebut diperlukan untuk menentukan kelayakannya menjadi Wakil Pengedar atau mengesahkan pematuhan peraturan dan/atau memberitahu Wakil Pengedar apa-apa peristiwa atau kemas kini atau kejadian lain dan / atau menghubungi Wakil Pengedar atau pemohon atau untuk sebarang tujuan lain.
  6. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010: Syarikat tidak mendedahkan data Wakil Pengedar atau data peribadi pemohon kepada pihak ketiga selain pendedahan kepada:
    1. Korporat Syarikat (RKS)
    2. jika pada pendapat Syarikat penzahiran itu memberi manfaat kepada Syarikat, seorang Wakil Pengedar disifatkan telah memberikan kebenarannya untuk pendedahan maklumat sedemikian seperti yang disebut terdahulu.
  7. Syarikat akan mengambil semua langkah praktikal dan menggunakan usaha terbaik untuk melindungi Wakil Pengedar atau data peribadi pemohon dari sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan dan tidak akan menyimpan data peribadi atau rekod memproses lebih lama daripada yang diperlukan.
  8. Syarikat akan menyimpan data peribadi yang tepat dan lengkap yang diberikan oleh Wakil Pengedar atau pemohon kepada Syarikat dan seorang Wakil Pengedar berhak atas permintaan bertulis untuk mempunyai akses kepada data peribadinya dan hak untuk membuat pembetulannya atau membuat aduan.

13. Umum

  1. Sebarang notis yang dikehendaki diberikan oleh Wakil Pengedar kepada Syarikat hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah diserahkan kepada Syarikat di ibu pejabatnya atau secara pengeposan.
  2. Sebarang notis yang perlu diberikan oleh Wakil Pengedar kepada Syarikat boleh diberikan melalui emel Wakil Pengedar yang telah didaftarkan.

Hubungi Kami

+605 829 0222

Lot 1643, Tingkat 1, Jalan Ciku Off Jalan Tupai, 34000 Taiping

Isnin - Sabtu : 9am - 6pm

Mula Di Sini

Berbual dengan wakil kami di Facebook Messenger.