fbpx
+6010 510 9300 admin@mpr4u.my

Dunia semakin pesat membangun ekonomi semakin tidak stabil dan semakin gawat. Namun disebalik kegawatan atau masalah ekonomi yang sedang pesat membangun kita seharusnya pandai menguruskan wang dan pandai menjimatkan perbelanjaan duit dalam kehidupan rumah tangga.


Selepas berkahwin, anda bertanggungjawab dalam menguruskan hal kewangan keluarga. Adakah anda selalu kehabisan duit setiap hujung bulan? Ataupun anda tahu cara berjimat cermat?

Mungkin duit tu cukup untuk tampung tapi disebabkan penggunaan atau pengurusan yang berlebihan pun boleh jugak ketidakcukupan duit di hujung bulan.Huish ! Jenuh tepuk dahi.


Sebagai suami isteri, korang kena tahu cara berjimat cermat supaya gaji yang korang cukup sampai sebulan. Tapi dalam bijak itu, anda masih kena bayar bil, beli barang dapur dan sebagainya.
Jadi bagaimana cara berjimat cermat yang bijak? 
Jom ikut tips ni dan kita amalkan !

Cara berjimat cermat dengan bijak – aturkan perbelanjaan barang dapur anda!
Sebenarnya, cara berjimat cermat yang paling mudah (namun bijak) untuk diikut suami isteri ialah dengan mengatur perbelanjaan barang dapur.

Setiap kali pergi Tesco, Mydin atau Giant setiap bulan untuk beli barang dapur memang menyeronokkan. Tapi tiba-tiba bila sampai masa nak bayar, kadang menyesal pun ada!
Mengapa? Mestilah sebab ambil barang ikut kehendak! 
Tapi kami faham, beli barangan dapur memang perlu, jadi bagaimana nak mengatur perbelanjaan dengan bijak? Ha… begini caranya.

1.Buat senarai apa yang nak dibeli.

2.Keluar beli barang lepas perut kenyang. Ini untuk elak anda tak terbeli makanan yang anda “teringin”

3. Beli barang seminggu sekali saja. Sebab kita selalu akan terlebih belanja kalau kita pergi kedai berulang kali.

4. Fikir siap-siap apa anda nak masak dalam masa seminggu atau empat hari sebelum pergi beli barang. Nanti anda tahulah apa anda perlu beli .

5. Pergi kedai yang anda sudah biasa pergi.


Ini tips sebelum anda membeli barangan dapur. Bagaimana pula dengan cara berjimat cermat ketika membeli barang? Jom kami bongkarkan tips berikutnya!4 CARA BERJIMAT BELI BARANG DAPUR

  • Buat bekal untuk ke pejabat
  • Sebulan sekali, bersihkan peti ais dan almari simpan makanan. Nanti anda boleh tahu apa yang tak patut anda beli.
  • Seminggu sekali, basuh siap-siap buah dan sayur-sayuran. Nanti senang anda nak bersedia memasak.
  • Senaraikan barang yang anda sering gunakan, buat perbandingan harga

Semoga apa yang dikongsikan mampu memberikan korang sedikit info atau tips yang berguna ! Selamat Mencuba !

Facebook Comments

Pin It on Pinterest